Bila tarikh baharu Jawatankuasa Khas Parlimen akan panggil Azam Baki? - Manivannan



Skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki seolah olah telah 'dilupakan'.


Bukan sahaja pihak polis tidak mengumumkan status terbaharu siasatan ke atas kes Ketua Pesuruhjaya itu, malah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Bagi Agensi Di Bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Pas juga senyap sunyi mengenai tarikh baharu untuk menghadapkan Azam ke PSC.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Manivannan Gowin, Ahli Parlimen Kuala Krai yang mempengerusikan PSC, Abdul Latiff Abdul Rahman seharusnya segera mengumumkan tarikh baharu memanggil Azam selepas menangguhkannya pada 19 Januari lalu atau lebih baik beliau menyerahkan kuasa kepada Ahli Parlimen lain bagi mengetuai jawatankuasa itu.


"PSC ini satu badan berintegriti jadi kita nak tahu bila Azam akan dipanggil untuk beri kenyataan. Ramai orang nak tahu kebenaran dalam kes ini. Bagi saya siapa yang diberi tanggungjawab sebagai ketua PSC perlu berintegriti dan tidak kira dari parti mana sekali pun.


"Apa yang jelas ketua PSC ini telah hilang integriti kerana dia tidak tahu membezakan tanggungjawab dan juga ahli parti. Kalau dia memilih untuk tidak melakukan tanggungjawabnya, ia perlu diberikan kepada orang lain sebagai ketua supaya kebenaran akan ditegakkan


"Saya nampak SPRM, PDRM, PSC atau mana-mana badan tertinggi, perangai mereka tidak dapat membezakan tanggungjawab dan kuasa yang dimiliki bagi menyiasat dan membongkarkan perkara sebenar," katanya.


Penangguhan PSC pada 19 Januari lalu dibuat kononnya isu Azam Baki agak rumit.


Pengerusi PSC berkata pihaknya perlu merujuk kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang Parlimen berikutan terdapat beberapa hal perundangan yang memerlukan penelitian.


Bagaimanapun keputusan itu dibantah oleh empat ahli PSC lain seperti Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Azis Jamman; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin; Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.


Kata mereka, antara isu yang dibangkitkan Azam ialah beliau sudah memfailkan saman sivil terhadap seorang pemberita dan tiada sesiapa dibenarkan membincangkan fakta kes atau memberikan komen terhadap perkara itu, bagi mereka tidak menjejaskan pendengaran di hadapan PSC.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER