Bila PH perintah baru tahu RM400 juta dibelanja tiada kena mengena buat kapal - Mat Sabu



Perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu menyebabkan audit dilakukan terhadap projek projek besar negara termasuklah skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).


Menurut Presiden Amanah, Mohamad Sabu, dengan penubuhan jawatankuasa audit yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Amrin Buang dapat dikesan beratus juta wang negara telah dibayar untuk urusan bukan pembinaan kapal LCS.


"Siap siasatan LCS, dia kata RM400 juta dibenjakan untuk benda yang tak ada kena mengena dengan buat kapal.


"Patutnya SPRM kena masuk waktu ini (awal tahun 2020). Kemudian bila kita memerintah Ketua Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) kita lantik dari pembangkang, YB Noraini. Bila mereka ambil alih kerajaan, kita kata PAC patut beri pada pembangkang sebab itu kita lantik Ipoh Timur ganti Noraini.


"Hari terakhir Parlimen bersidang (awal Ogos) laporan siap. Bila siap, didedahkan kepada umum, terkejut. RM6 dah habis satu kapal pun tak siap.


"Bila tanya bila nak terima, dikatakan 2 - 4 tahun akan datang dan kena tambah RM2 - 3 bilion.


"Tan Sri Amrin kata, RM400 juta ini dibayar bukan belanja buat kapal. Bila wang negara jadi begitu siapa rugi? Rakyat lah tetapi kita kurang ambil berat hal ini," katanya dalam ceramah Jelajah Tolak BN PN di Parlimen Bangi, malam tadi.


Selain itu, Mohamad juga membawa contoh rasuah di Indonesia yang menurun telah membawa negara itu ke gerbang baharu kesejahteraan ekonomi dan mula memecut untuk menjadi negara kelima ekonomi terbesar dunia selain China, Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya.


"Kita lihat negara jiran Indonesia, sebelum berlaku reformasi rasuah amat tinggi. Bukan rasuah di bawah meja, kadang kadang dengan meja sekali dia boleh beri


"Rasuah disebut di sana 'bisa diurus'. Apa projek pun biasa diurus asalkan ada minyak pelincir. Ini berlaku di Indonesia. Tetapi bila reformasi berlaku, naik Habibie, Gus Dur, Megawati, Bambang sampai kepada Jokowi, sudah beribu orang masuk jel kerana rasuah. Dari parti Islam (PKS) 2 orang masul jel.


"Gabenor banyak merengkok dalam penjara. Rasuah dapat dikurangkan maka wang negara (rizab) meningkat dan sekarang Jokowi berazam tahun 2030 ke atas, Indonesia akan menjadi negara kelima kekuatan ekonomi dalam dunia. Daripada negara yang terkebelakang dalam hal pembangunan.


"Peningkatan indeks kurangnya rasuah di Indonesia itu membawa kekuatan ekonomi kepada mereka," katanya.


Ahli Parlimen Kota Raja itu turut membawa contoh sebuah negara gagal, Sri Lanka. Katanya, apabila Singpaura merdeka dari Malaysia pada 1965, pemimpinnya Lee Kuan Yew mendambakan Singapura akan maju seperti Sri Lanka atau Colombo nama lamanya.


Ketika itu, kata Mohamad, Colombo negara berjaya dan banyak persidangan antarabangsa diadakan di sana sehingga wujud biasiswa Colombo untuk rakyat negara dunia ketiga menyambung pelajaran.


"Waktu itu Sri Lanka maju. Di sama ada biasiswa Colombo, banyak orang kita yang pergi ke London belajar undang undang melalui biasiswa Colombo ini.


"Akibat rasuah berleluasa dan di Sri Lanka demografi politik lebih kurang Malaysia. Bumiputera Singhalis, pembangkang Tamil. Rakyat di sana ditanamkan kena bagi Bumiputera terus memerintah. Rasuah tak apa asalkan bumi memerintah, tak cukup duit pinjam, akhirnya bankrap


"Nak beli minyak kena beratur, nak beli barang kena beratur sebab wang dah kurang. Dunia terpaksa bincang bagaimana nak bantu Sri Lanka.


"Kita di Malaysia, tahun 1960an kita setaraf Korea Selatan. Korea Selatan ramai bekas presiden masuk jel. Kita baru mula. Korea berjaya lawan rasuah dan akhirnya dari negara dunia ketiga melonjak jadi gergasi ekonomi. Sekarang Korea setaraf dengan Jepun," katanya.


Oleh itu, Mohamad mahu rakyat Malaysia, terutama orang Melayu perlu mempunyai perasaan benci terhadap rasuah dan meneruskan perjuangan melawan rasuah dengan mengembalikan PH memerintah Putrajaya dalam PRU ke 15 ini.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER