top of page

'Bila PH kembali memerintah kita lakukan yang terbaik untuk Melaka' - Mat Sabu

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Nov 10, 2021
  • 2 min read


Pengundi diseru mengembalikan pemerintahan Pakatan Harapan (PH) di Melaka untuk menjamin kestabilan politik dan kemakmuran negeri untuk tempoh 5 tahun ke hadapan.


Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, tekad PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jelas, iaitu mengambil alih pemerintahan bagi membuat dasar terbaik untuk rakyat.


"Kita mesti memperkuat umah. Bukan tugas bila kita ambil pemerintahan memperkaya pemimpin atau individu. Ini berlaku di Eropah yang mana negara kecil, penduduk sedikit tetapi negerinya kaya. Di dunia ketiga pemimpinnya kaya, rakyat tidak kaya.


"Sebab itulah kita dalam pemerintahan kita di Melaka selama 22 bulan, kita dapat mempamerkan sedikit sebanyak, kita memperkuat ekonomi Melaka, memperbaiki hubungan kaum. Walau tidak sepenuhnya kita dapat tunaikan tetapi rakyat boleh buat perbandingan dan mereka rindu untuk mengembalikan PH di Melaka ini.


"Inilah yang diharapkan dalam PRN 20 November nanti, bila PH kembali memerintah kita lakukan yang terbaik untuk negeri Melaka," katanya dalam majlis pelancaran manifesto PH di melaka, petang tadi.


Sementara itu, Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pengundi di negeri itu perlu menghukum kerajaan Perikatan Nasional kerana kegagalan mereka menangani Covid 19 sehingga mengorbankan banyak nyawa dan merudumkan ekonomi negeri.


"Perlu menghukum (kerajaan kerana) pengurusan pandemik Covid 19 yang dijalankan oleh PN selama 20 bulan, di mana kita lihat kes jangkitan dan bilangan kematian tinggi dan disusuli kemelesetan ekonomi paling teruk dalam sejarah Malaysia.


"Kegagalan ini harus dihukum oleh pengundi Melaka. Ini satu asas mengapa perlu menyokong PH pada 20 November ini. Sungguh pun mereka telah mengisytihar pelan pemulihan negara, kononnya bila jangkitan kes turun 4,000 kes. Tetapi sekarang ini tidak dipatuhi (PRN masih dalam SOP ketat) kerana mereka sendiri rasa pelan pemulihan negara itu telah gagal," katanya.


Selain itu, Guan Eng juga membariskan janji-janji PH iaitu bagi memastikan semua rakyat negeri Melaka diwakili tanpa kira agama dan latar belakang. Kerajaan akan buat dasar pro rakyat dan bukan untuk kroni.


PH akan mewujdkan kerajaan yang stabil dan tidak akan bergaduh sesama sendiri. Akhirnya, Guan Eng menyeru rakyat Melaka menyokong PH untuk menjamin masa depan anak-anak yang lebih baik.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page