Bila lagi kerajaan akan selesaikan masalah banjir di Melaka secara tuntas? - Shamsul



Kerajaan Persekutuan dan negeri perlu menyelesaikan masalah banjir di Melaka secara tuntas.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, masalah banjir di sesetengah kawasan di negeri itu unik kerana bencana akan berlaku hampir setiap kali hujan lebat.


"Saya pernah mendesak kerajaan mencari jalan penyelesaian dengan memberi kerjasama menyelesaikan masalah banjir di Melaka. Namun, hingga kini tiada sebarang maklum balas dari pihak mereka," katanya ketika melawat mangsa banjir di Kampung Krubong, baru baru ini.


Menurut Shamsul, penduduk mengadu kepada beliau bilakah lagi kerajaan pusat atau negeri akan membantu menyelesaikan masalah yang telah bertahun tahun dideritai rakyat.


Masalah banjir perlu diselesaikan dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan

"Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


"Hari ini, saya telah melawat keadaan mangsa banjir di Kampung Krubong. “Setiap tahun begini yb.. bila lah semua ni nak habis” itulah salah satu keluhan yang diadukan oleh mangsa pagi tadi," katanya.


Dalam kunjungan itu, beliau memberi bantuan apa yang termampu sebagai wakil rakyat pembangkang.


Namun masalah tersebut, katanya, perlu diselesaikan segera oleh kerajaan yang memerintah dengan peruntukan belanjawan tahunan.


"Pagi tadi saya dan pasukan saya telah turun bersama-sama meninjau keadaan banjir.


"Saya juga telah memberi sedikit bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kampung Krubong. Tak banyak, akan tetapi diharap dapat meringankan sedikit sebanyak beban mangsa," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER