top of page

Bicara kes saman Anwar kepada Mahiaddin bermula Ogos 2024



Perbicaraan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Tan Sri Mahiaddin Yassin akan bermula Ogos tahun depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Perkara itu diberitahu peguam Datuk SN Nair, yang mewakili Perdana Menteri selepas pengurusan kes itu semalam.


Menurutnya pada pengurusan kes tersebut, Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain telah menetapkan perbicaraan selama sembilan hari iaitu antara hingga 28 Ogos 2024.


"Mahkamah juga mengarahkan pihak-pihak memfailkan permohonan interlokutari, jika ada, selewat-lewatnya pada 15 Jun 2023. Pengurusan kes seterusnya pada 21 Jun 2023," katanya.


Sebagai rekod, saman terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) difailkan Anwar menerusi firma guaman, Tetuan S N Nair & Partners pada 20 Disember lalu.


Ia susulan tuduhan fitnah dilempar Mahiaddin semasa ‘Grand Finale Perikatan Nasional Padang Serai’ di Taman Selasih, Kulim sebagai menyokong calon PN Azman Nasrudin bagi PRU15 pada 5 Dis 2022, yang mendakwanya menerima gaji sebanyak RM15 juta ketika berkhidmat sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Sehubungan itu, Anwar, 75, menuntut daripada Mahiaddin antaranya ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi untuk menghalang beliau daripada terus menerbit atau mengedarkan kenyataan fitnah serupa.


Mahiaddin dalam pernyataan pembelaan sebelum ini mendakwa ucapan beliau tidak berunsur fitnah sebaliknya adalah komen yang adil selain ia sebahagian daripada kempen politik.


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli sebelum ini tampil menegaskan tuduhan bahawa Anwar menerima RM15 juta ketika menyandang jawatan Penasihat Ekonomi Selangor sekadar pengulangan fitnah.


Tuduhan itu jelasnya sudah dijawab melalui hansard DUN Selangor bahawa Anwar sewaktu menjadi Penasihat Ekonomi Selangor, beliau hanya diberikan gaji simbolik RM1 setahun tanpa sebarang bayaran elaun atau keistimewaan selain gaji terbabit.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page