top of page

Biar rakyat menilai apakah kerajaan BN 'cap ayam'



Tindakan bekas Perdana Menteri Najib Razak di Konvensyen BN kelmarin yang cuba menarik simpati perwakilan menggambarkan beliau adalah mangsa ketidakadilan, sedangkan telah didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan atas 7 pertuduhan pecah amanah serta penyelewengan adalah tindakan memperbodohkan rakyat.


Menurut Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Nasional, Mohd Azam Mektar, Konvensyen BN di Kuala Lumpur itu sepatutnya digunakan untuk membincangkan isu isu yang membelenggu rakyat bukannya hal peribadi pemimpin BN.


Maka, katanya tidak salah Pemuda Amanah Nasional sebelum ini melabelkan BN sebagai 'kerajaan cap ayam'.


"Konvensyen BN seharusnya diambil kesempatan mengangkat isu permasalahan rakyat yang tertekan dengan kos sara hidup dan barang keperluan yang naik mendadak.


"Kerajaan hari ini gagal mengawal harga ayam, minyak masak dan barangan keperluan harian rakyat. Malah memberikan solusi yang tidak masuk akal. Kerajaan inilah sebenarnya Kerajaan Cap Ayam walaupun terdapat lebih 70 Menteri dan Timbalan Menteri," kata Adam dalam satu kenyataan.


Oleh itu, kata beliau sebaik baiknya satu sidang Parlimen khas dipanggil untuk berbahas menyelesaikan isu yang membebankan rakyat, bukannya sidang dalaman BN yang sibuk mahukan pilihan raya diumumkan segera.


"Pemuda AMANAH Nasional menggesa satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membolehkan Ahli Parlimen membahas isu peningkatan kos sara hidup, krisis keselamatan makanan dan harga barang yang sangat membebankan sejak kebelakangan ini.


"Sekiranya tiada tindakan tuntas dan segera diambil, Pemuda AMANAH Nasional tidak teragak-agak untuk menggerakkan rakyat khususnya anak muda bagi menyuarakan kerisauan dan kemarahan kami kepada Kerajaan Cap Ayam ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page