top of page

Beza kerajaan BN - PN dan Selangor tangani rasuah



Indeks rasuah Malaysia yang merudum seharusnya menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat untuk tidak lagi memilih Kerajaan BN - PN terus mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke 15.


Bagi perwakilan Selangor, Akmal Abdul Halim, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 yang dikeluarkan Transparency International (TI) jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke 57 pada 2020 adalah amat memalukan.


Penurunan itu, katanya, sepatutnya merisaukan pelbagai pihak ,lebih-lebih lagi apabila dibandingkan dengan pencapaian Malaysia pada tahun 2019 negara mencapai kenaikan skor CPI yang tertinggi sebanyak 53 mata meraih kedudukan pada

tangga 51.


"Adalah amat mengecewakan untuk melihat Malaysia mengalami tren penurunan skor selama dua tahun secara berturut-turut.


"Pada tahun 2019, selepas Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya barisan kepimpinan PH telah berjaya meletakan Malaysia di tangga 51 namun kini Malaysia jatuh di tangga ke 62.


"Di sini saya ingin bertanya kepada para perwakilan, adakah kerajaan ketika ini mampu membanters gelaja rasuah?


"Jika mereka tidak mampu membanters gelaja rasuah, Angkatan Muda Keadilan Selangor mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan barisan Jemaah Menteri meletakan jawatan segera," katanya dalam sesi perbahasan, pagi tadi.


Dalam masa sama, kata Akmal Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari telah membuktikan negeri itu menjadi Juara Anti Rasuah yang diiktiraf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2019.


Katanya, ketegasan MB dengan memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri menegaskan tidak sesekali berkompromi dengan sebarang kesalahan rasuah dan penyelewengan kuasa melibatkan kakitangan awam di negeri ini amat mengesankan.


"Kita boleh melihat kecekapan Kerajaan Negeri Selangor di dalam merangka pembangunan, kebajikan dan mempeduli rakyat.


"Kekayaan Negeri dikongsi bersama rakyat. Ketelusan pentadbiran ini dapat dirasai melalui inisentif yang berjaya dilancarkan bermula pada tahun 2008 sehinggalah sekarang ini," katanya.


Pada waktu sama, tambah Akmal Kerajaan Persekutuan masih terkial kial untuk menghukum pesalah kleptokrat dalam kes 1MDB yang masih mendapat keitimewaan walaupun Mahkamah Tinggi dan Rayuan telah memberi keputusan bersalah.


"Sebagai contoh saya ingin menarik perhatian kepada kes 1MDB yang telah meletakan negara kita jatuh di dalam kemuraman ekonomi.


"Bekas Perdana Menteri mempunyai 2.6B di dalam akaun. Berapa pimpinan Umno dan Barisan Nasional disabitkan dengan kes rasuah ketika mereka menjadi Menteri.


"Umno dan Barisan Nasional hanya menyalak Ketuanan Melayu, sedangkan Melayu mereka kaya raya dan rakyat terus sengsara dengan kos kehidupan kian naik dan pendapatan rakyat di tahap miskin," katanya.


Justeru, Akmal mengajak dilakukan perjuangan membenteras rasuah dari peringkat atasan sehinggalah akar umbi.


Beliau mahu Angkatan Muda Keadilan untuk turun bersama sama membenters rasuah di semua peringkat tanpa mengira pangkat, darjat atau kedudukan politik


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page