top of page

Bertindak berasaskan hukum: Siasatan secara adil, telus, jangan semberono - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 15
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peringatan supaya rakyat mengutamakan hukum (rule of law) dalam menghadapi sebarang insiden sebagaimana yang berlaku kebelakangan ini.


Katanya, insiden seperti kematian pelajar di sekolah berasrama baru baru ini perlukan siasatan yang telus dan terbuka. Oleh itu, tidak boleh masyarakat menghukum mana mana pihak berasaskan emosi atau spekulasi.


"Dalam keadaan siasatan, serah kepada kebijaksanaan badan penguatkuasa. Ini belum apa apa sudah tunding jari, anak VVIP, orang ini, kita ini siapa? Tutup sahaja pejabat polis kalau semua keputusan kita boleh buat tanpa siasat.


"Jadi harus ada siasatan segera, telus, adil dan terbuka. Jangan pakai hukum semberono," katanya dalam ucaptama sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Kali Ke-20 yang disempurnakan oleh beliau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.


Dalam pada itu, PM mengingatkan kakitangan awam yang diberi amanah untuk menjalankan siasatan supaya menjalankan tugas tanpa rasa gentar dan tegas pendirian.


Katanya, sekiranya mereka tidak mampu menjalankan tanggungjawab maka lebih baik berundur dan diganti petugas lain.


"Bagi saya tidak mungkin kita pertahan sistem yang aman, baik, maju kalau tak dapat selesaikan masalah ini (jalankan tugas dengan tegas)


"Harus diingat badan penguatkuasaan harus adil, (bertindak) dengan fakta dan mengikut undang undang," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page