top of page

Bertahun tidak dedah hal sebenar di sebalik isu SD kerana hormat institusi Istana - Anwar



Perkara sebenar di sebalik tindakan pengumpulan Akuan Berkanun (SD) yang diumumkan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencukupi untuk beliau menjadi Perdana Menteri (PM) pada September 2020, sengaja didiamkan olehnya selepas itu kerana menghormati institusi Istana Negara.


Menurut Anwar, SD dibuat dan dikumpulkan untuk pihak istana dan beliau tidak mahu mengulas mengenai perkara itu walaupun diperolok olokkan selama 2 tahun sebagai 'pembohong' sehinggalah didedahkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman beberapa hari lalu.


"Orang tanya mengapa tunggu sampai bertahun tak jawab? Sebab saya anggap hubungan kita dengan istana harus dipertahankan, biar dia kekal beradap. Dalam cara kita memuliakan institusi raja dan mempertahankan Perlembagaan.


"Kalau jadi (PM) alhamdulilah. Kalau tidak, bersabar dan teruskan perjuangan. Tetapi yang nyata orang yang membuat tohmahan (memperlekeh) itu telah melakukan fitnah dan mempermainkan. Kita tahu kadang di media sosial pun (terdapat tohmahan memperlekeh).


"Ada pula yang menganggap kita akan buat apa sahaja termasuk bersekongkol dengan kleptokrat (asalkan jadi PM). Pendirian PH jelas, tidak berkerjasama dengan Datuk Seri Najib," katanya kepada wartawan di Port Dickson, pagi tadi.


Menjawab soalan mengenai tokoh tokoh politik tertentu yang mempersedanya sebelum ini kononnya tidak mempunyai sokongan, Anwar menyeru agar mereka memohon maaf kerana telah memfitnah.


"Yang mempertikaikan itu patut insaf bahawa mereka telah melakukan kesilapan. Sebaiknya jika dia buat kesilapan dan fitnah orang, dia mohon maaf. Tetapi sesetengah tokoh politik ini dia rasa kebal dari hukum dari segi fitnah orang.


"Saya tidak kisah hal itu. Saya mahu rakyat sedar, buat perubahan. Itu harus berlaku dalam negara kita. Badan kehakiman mesti bebas tidak peduli siapa dan jangan digunakan kuasa politik untuk cuba menutup rasuah," katanya.


Anwar juga mengakui beliau ada menerima mesej daripada pemimpin Umno agar hal SD itu tidak diperpanjangkan.


Katanya, beliau tidak pernah memperpanjangkannya kerana yang mendedahkan isu SD itu pun bukan dirinya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page