top of page

Bertahun polis, tentera minta kediaman selesa, zaman Kerajaan Madani baru lulus

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Aug 3, 2023
2 min read


Pihak yang memperjuangkan Melayu dipersoal apakah yang mereka lakukan sewaktu berkuasa terhadap kebajikan kakitangan kerajaan yang majoritinya Melayu.


Perdana Menteri (PM) Datuk Anwar Ibrahim berkata demikian dalam Ceramah Jelajah Perpaduan di Paroi, Negeri Sembilan malam tadi.


Beliau mendedahkan fail aduan daripada polis dan tentera ternyata pada setiap tahun pasukan keselamatan itu meminta diperbaiki kediaman untuk keselesaan anggota berkhidmat namun tidak diluluskan oleh kerajaan sebelum ini yang memperjuangkan Melayu.


"Bila saya tengok fail dibawa Saifuddin (Menteri Dalam Negeri), Tok Mat Hassan Menteri Pertahanan, rupanya tiap tahun dirayu, mohon kemudahan lebih selesa. Bukan nak minta rumah besar tetapi rumah boleh didiami, selesa sikit. Tak ada jawapan.


"Jadi saya nak tanya, masa itu kerajaan Melayu Islam. Menteri Bersatu, Menteri Pas ada. Yang diminta RM40 juta untuk siapkan (perumahan) Escom.


"Alhamdulillah Kerajaan Perpaduan Madani beberapa buan lalu kita lulus RM40 juta untuk polis dan tentera.


"Saya bukan cakap nak ambil hati polis, tentera tetapi nak beritahu kerajaan bertanggungjawab. Kalau cakap berdegar degar pejuang Melayu Islam (untuk apa) tetapi masalah orang Melayu di bawah kamu tak peduli


"Kamu tawan mereka dengan slogan, janji. Ini janji palsu, siapa pun boleh janji. Saya nak tanya 3 tahun (PN) perintah kenapa tak buat? Saya nak tanya, rumah polis bila yang dia jaga?


"Dalam keadaan kekangan ekonomi, saya luluskan segera RM200 juta untuk perumahan polis, RM200 juta untuk tentera," katanya.


Oleh itu, Pengerusi Pakatan Harapan itu mahu rakyat membezakan kerajaan mana yang benar benar membantu rakyat miskin


Katanya, kerajaan PN sebelum ini tidak mempunyai satu idea pun untuk menghapuskan kemiskinan tegar sebagaimana yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Perpaduan.


"Saya sebagai PM kata, semua pejabat kerajaan mesti nokhtahkan miskin tegar 136,000 keluarga tahun ini juga.


"Kalau tak buat boleh maki saya. Tetapi kita buat. Apa disebut Ahli Parlimen Pas di parlimen? Dalam Islam mesti bayar zakat, kalau tak ada miskin bayar kepada siapa? Inilah masalah mengaji tak habis.


"Khalifah Omar Abdul Aziz, 2 tahun 3 bulan dia jadi khalifah dengan pengurusan cekap, wang zakat, laksana kata kata (kemiskinan tegar dihapus)," katanya.


PM dalam pada itu membangkitkan siapakah yang memansuhkan peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi pusat pendidikan majoritinya dikelolakan oleh ustaz Pas.


Katanya, tokoh yang memansuhkan peruntukan untuk SAR itu kini disanjung Pas-PN sebagai penyelamat Melayu.


"Yang batalkan bantuan SAR seluruh negara itu Tun Mahathir pada 1999. Sekarang saya, Kerajaan Madani beri semula semua peruntukan kepada semua sekolah agama di negara ini," katanya


Selain itu, Anwar turut berpuash hati imej Malaysia semakin pulih terutama dalam kalangan negara Asia Tenggara, sehingga Sultan Brunei melakukan dua kali lawatan ke negara ini dalam 8 bulan tempoh Anwar berkuasa.


"Tengok Malaysia sekarang, saya baru 8 bulan, dua kali Tuanku Sultan Brunei berangkat beri sokongan kerjasama, cuba tingkatkan pelaburan Brunei ke Malaysia.


"Minggu lalu kita sambut Presiden Marcos Jr dari Filipina. Presiden Filipina hampir 40 tahun tidak menjejak kaki ke Malaysia kerana masalah dua hala, Sabah dan sebagainya.


"Kalau hadir pun sebab mesyuarat APEC, antarabangsa. Kalau hubungan dua hala tidak ada," kata Anwar lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page