top of page

BERSIH sokong Akta Penggal Tetap Parlimen diwujudkan



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyokong diwujudkan Akta Penggal Tetap Parlimen sebagaimana dicadangkan beberapa pihak sejak dua hari lalu.


Menurut kenyataan BERSIH, akta tersebut amat diperlukan bagi mengelak terjadinya kerajaan silih berganti dalam tempoh sepenggal selepas Pilihan Raya Umum diadakan.


"BERSIH sebelum ini telah beberapa kali membuat gesaan yang sama bagi menstabilkan politik Malaysia


"BERSIH berpandangan Akta Penggal Tetap Parlimen ini penting bagi memastikan kestabilan politik negara yang akan membantu melancarkan usaha reformasi demi kepentingan rakyat.


"Akta ini tidak akan menafikan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberi perkenan pembubaran Parlimen sekiranya diminta oleh Perdana Menteri seperti yang dinyatakan dalam Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan," kata pertubuhan itu dalam kenyataan.


Berdasarkan akta berkenaan, kata BERSIH, sebarang tatacara membabitkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di dalam Parlimen berasaskan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan harus dinyatakan dengan jelas agar sebarang langkah terkemudian yang bercanggah dengan prinsip demokrasi berparlimen tidak lagi berlaku.


"Sebagai tambahan kepada Akta ini, pengenalan kepada mekanisme kepercayaan di Dewan Rakyat dengan dua prosedur iaitu Undi Tidak Percaya Berkonstruktif, iaitu hanya membenarkan penyandang Perdana Menteri ditukar sekiranya ada calon PM untuk digantikan dan calon itu disahkan pula dengan mekanisme Undi Pengesahan Kepercayaan.


"Bagi menjayakan saranan ini, BERSIH menyarankan agar kesemua blok politik untuk bergerak ke hadapan bekerja untuk menambahbaik gerak kerja yang memberi manfaat kepada rakyat dan menghentikan permainan politik merugikan masa depan negara," kata kenyataan itu lagi.


Sehubungan itu, BERSIH berharap pihak kerajaan dan pembangkang selepas ini akan merundingkan hal berkenaan sebagaimana mereka berjaya meluluskan Akta Anti Lompat Parti secara konsensus pada 2022 lalu.


Selain itu, BERSIH juga mencadangkan Akta Peruntukan Pembangunan Kawasan – Constituency Development Fund Act (CDF) yang saksama kepada Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang disertakan dalam pembaharuan undang undang berkenaan.


Hal itu, katanya, bagi memastikan hak dan keadilan untuk semua Ahli Parlimen dijamin oleh undang-undang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page