top of page

BERSIH seru rakyat keluar mengundi, tentukan masa hadapan



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit dan keluar mengundi bagi menentukan corak pemerintahan yang dimahukan.


Langkah berkenaan, kata BERSIH, penting dalam memastikan rakyat menjadi 'king maker' sebenar dalam Pilihan Raya Umum ke 15


"BERSIH telah mengenalpasti lima fokus utama. Sebahagiannya daripada Kempen Ketuanan Pengundi kami dalam setahun lepas, untuk rakyat mendesak SPR dan parti-parti politik yang akan bertanding menjadi kerajaan terbaik bagi lima tahun akan datang," kata Jawatankuasa Penaja pertubuhan itu dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, BERSIH mengutarakan 5 tuntutan, iaitu yang pertama, Jangan Menafikan Undi Kami.


"Pelaksanaan Undi18, Pendaftaran Pemilih Secara Automatik dan hak undi pos untuk semua rakyat Malaysia di luar negara mewajarkan SPR menetapkan minimum 21 hari tempoh kempen agar undi pos dapat sampai pada hari pengundian.


"Jika tidak sia-sialah hak pengundi pos luar negara. Kami turut menggesa undi awal kepada pengundi luar kawasan terutamanya pengundi Sabah dan Sarawak yang bekerja dan belajar di Semenanjung, serta pengundi Malaysia Barat di Sabah dan Sarawak," ujar kenyataan itu.


Selepas terbentuknya kerajaan, BERSIH mahu kerajaan baharu kelak Hentikan Pendakwaan Terpilih.


Kata pertubuhan itu, rakyat perlu menolak semua ahli politik atau parti yang melihat kuasa politik sebagai jalan untuk mengelakkan hukuman atau untuk membalas dendam terhadap musuh mereka.


Bagi memastikan tiada campur tangan dalam proses kehakiman oleh kerajaan, peranan Pendakwa Raya perlu dipisahkan daripada Peguam Negara yang merupakan lantikan politik.


Begitu juga dengan tuntutan ketiga, BERSIH mahu kerajaan Memperkasakan Parlimen.


"Tiada kerajaan yang dipilih dalam PRU15 mampu menjalankan polisi yang baik untuk menangani isu periuk nasi rakyat sekiranya undang-undang dan institusinya tidak diperkasakan untuk menuntut ketelusan dan akauntabiliti.


"Justeru reformasi parlimen seperti pengembalian Akta Perkhidmatan Parlimen serta pemerkasaan Jawatankuasa Pilihan Khas dan Ahli Parlimen Backbenchers serta Pembangkang melalui pindaan Peraturan Mesyuarat adalah mustahak.


"Rakyat wajib memilih parti dan gabungan yang jelas mempunyai iltizam dalam manifesto untuk melakukan reformasi institusi," kata kenyataan itu.


BERSIH juga mahu rakyat Tolak Korupsi. Iaitu dengan memilih ahli politik yang bersih dan parti yang beriltizam mengambil langkah konkrit seperti meluluskan Akta Pembiayan Politik, pelaksanaan Pelan Anti-Rasuah Kebangsaan dan reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar dapat menjadi badan itu bebas dan tidak digunakan sebagai senjata terhadap musuh politik.


Terakhir BERSIH menunut Kestabilan Politik iaitu menghindari gerakan 'pintu beakang' sebagaimana Langkah Sheraton menukar kerajaan mandat rakyat 3 tahun lalu.


"Kita telah dibelenggu dengan ketidakstabilan politik yang tidak berpenghujung sejak Langkah Sheraton dan pilihan raya awal ini hanyalah penerusan terhadap ketidakstabilan tersebut.


"Kita perlu undang-undang dan peraturan yang boleh menstabilkan politik, memberikan ketentuan yang lebih baik kepada polisi kerajaan dan tarikh pilihan raya.


"BERSIH mencadangkan Akta Parlimen Berpenggal Tetap supaya lebih kepastian kepada kita semua. Untuk mengembalikan Parlimen sebagai institusi yang menentukan pembentukan kerajaan yang lebih jelas, kami mencadangkan pindaan Peraturan

Mesyuarat Dewan Rakyat supaya mempunyai Undi Kepercayaan untuk mengesahkan bakal PM dan Undi Tidak Percaya Secara Konstruktif untuk mana-mana PM yang kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.


"Mekanisme ini akan mengelakkan keruntuhan kerajaan melalui penarikan sokongan yang samar-samar yang dilakukan di luar parlimen," kata kenyataan itu.


Sehubungan itu, BERSIH akan melancarkan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan peratusan turun mengundi seperti kempen #UndiMasaDepan dengan video pendek dan poster bagi menggalakkan rakyat keluar mengundi. Kami juga sedang merekrut Pemantau Pilihan Raya untuk memantau dan melaporkan kesalahan pilihan raya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page