BERSIH desak SPR beri penjelasan perubahan kawasan pengundian



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mahu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memberi penjelasan segera berhubung beberapa dakwaan pemindahan kawasan pengundian tanpa kebenaran pengundi.


Menurut kenyataan Jawatankuasa Pemandu BERSIH, terdapat aduan dari beberapa pengundi, sama ada bagi kawasan DUN mahu pun parlimen yang mana didakwa nama mereka ditukar ke kawasan lain tanpa pengetahuan.


"Terdapat dua pemilih di Sabah telah diubah DUN dan Parlimen. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan PRN Sabah yang lepas, mereka telah mengundi di Parlimen Tawau dan DUN Sri Tanjung, namun mereka mendakwa telah diubah ke Parlimen Kalabakan dan DUN Merotai.


"Selain itu, Naib Ketua Cabang KEADILAN Batu, saudara Rozan Azen Mat Arip juga telah mendakwa empat pengundi di Cabang mereka telah ditukarkan ke Parlimen Gombak, Wangsa Maju dan Kepong.


"Berdasarkan Seksyen 12A Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, sekiranya seseorang pemilih ingin menukar tempat pengundian, mereka hendaklah memohon kepada Pendaftar SPR atau Penolong Pendaftar dengan mengisi Borang A untuk menukar alamat.


"Namun daripada siasatan kami, pemilih tersebut tidak pernah memohon pertukaran tempat pengundian," kata kenyataan itu.


Dalam pada itu, BERSIH turut mempersoalkan tindakan pihak polis menangkap dan menggari Rozan Azen bagi menyiasat beliau di bawah Seksyen 282 Kanun Keseksaan semalam.


"Apakah alasan penahanan Rozan apabila beliau hanya membantu pengundi untuk menyemak status dan tempat pengundian mereka?


"Sekiranya wujud penukaran tempat pengundian tanpa kebenaran pengundi, pihak polis sepatutnya menyiasat dalang di sebalik penukaran tersebut dan bukannya menangkap pengadu," kata kenyataan itu lagi.


Dalam isu perubahan kawasan mengundi, BERSIH tegas menyatakan ketidakjelasan dalam proses dan perubahan yang tidak dimaklumkan kepada pengundi, akan menjejaskan kepercayaan rakyat kepada SPR malah lebih berbahaya terhadap proses pilihan raya itu sendiri.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER