top of page

'Bersih dan Stabil' hanya tinggal slogan PN di Perlis?



Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salahguna kuasa dan rasuah melibatkan pihak dalam Kerajaan Negeri Perlis yang diterajui Perikatan Nasional dikecam keras oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis.


Menurut Ketuanya, Azzin Izzad Bahanudin, salahguna kuasa amat jarang berlaku di Perlis namun hal itu berlainan selepas PN mentadbir negeri berkenaan.

Azzin Izzad Bahanudin

"Kami AMK Perlis menzahirkan rasa terkejut, kecewa dan terkilan atas insiden penahanan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan Kerajaan Negeri Perlis.


"AMK Perlis mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang salahguna kuasa dan rasuah di dalam Negeri Perlis yang berdaulat ini.


"Isu utamanya, adakah jumlah tuntutan palsu bernilai RM600,000 (yang disiasat SPRM) termasuk dengan tuntutan palsu yang dikaitkan dengan Institusi Diraja Perlis?" tanyanya dalam satu kenyataan.


Menurut Azzin, kontroversi terkini itu merupakan satu-satunya kes seumpamanya sepanjang 181 tahun terbentuknya negeri Perlis.


Oleh itu, beliau mempersoalkan slogan Perikatan Nasional (PN) yang digunakan ketika kempen Pilihan Raya Umum ke 15 baru-baru ini iaitu 'Bersih dan Stabil'.


"Bagaimana boleh dikatakan 'Bersih dan Stabil' ketika PN berkuasa di Perlis tidak sampai satu penggal, namun anak kepada pemimpin tertinggi negeri pula ditahan reman SPRM?


"AMK Perlis menggesa barisan kepimpinan Perikatan Nasional Negeri Perlis terutamanya Menteri Besar Perlis bermuhasabah dan bertanggungjawab terhadap isu ini.


"Maka, kami menuntut YAB Menteri Besar meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta," tegasnya.


Sehubungan itu, Azzin berharap agar pihak SPRM menjalankan siasatan dengan penuh komited, jujur dan telus tanpa diganggu gugat dari mana-mana pihak.


Hal itu, katanya, siasatan turut membabitkan ahli anggota keluarga Menteri Besar Perlis serta para pegawai beliau.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page