top of page

BERSIH 2.0 gesa GPS hentikan penggunaan jentera, jawatan kerajaan untuk kempen



Pertubuhan BERSIH 2.0 yang komited kepada pelaksanaan pilihan raya bersih dan adil menggesa Gabungan Parti Sarawak (GPS) segera menghentikan perbuatan tidak bermoral menggunakan jentera atau program Kerajaan Negeri untuk berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke 12.


Menurut Jawatankuasa Pemandu BERSIH, perbuatan Ketua Menteri Sementara, Tan Sri Abang Johari sebelum ini menggunakan kedudukan beliau untuk membuat pengumuman projek atau peruntukan, merasmikan acara-acara kerajaan dan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam sebarang projek amatlah tidak wajar dilakukan.


"Gesaan juga kepada bekas-bekas menteri daripada GPS yang juga menjadi calon dalam PRN Sarawak. Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak juga diminta segera keluarkan arahan kepada kakitangan kerajaan negeri melarang mereka membantu kempen GPS dengan menggunakan jentera dan sumber kerajaan termasuklah penggunaan media cetak dan media sosial milik kerajaan.


"Walaupun dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya masih belum meliputi isu tatacara Kerajaan Sementara, namun penggunaan jentera dan sumber kerajaan termasuk pengumuman-pengumuman oleh kerajaan sementara adalah melanggar konvensyen kerajaan sementara seperti Deklarasi Kesatuan Parlimen Antarabangsa yang menyatakan kerajaan perlu mengambil langkah sewajarnya untuk memisahkan peranan parti dan kerajaan, serta Perkara 11 Deklarasi Bangkok yang menyatakan sumber kerajaan yang digunakan untuk mempromosikan kepentingan politik semasa pilihan raya akan menyebabkan proses pilihan raya tidak adil dan kesahan keputusan pilihan raya boleh dipertikai," kata pertubuhan itu.


Menurut mereka, hasil pemantauan selama seminggu berkempen terlau banyak salah guna jentera dan sumber kerajaan dilakukan oleh bekas-bekas menteri dan ketua menteri sementara untuk kepentingan politik masing masing.


"Mereka tanpa segan menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen, malah Kerajaan Persekutuan juga masih menjemput ketua menteri sementara untuk menghadiri majlis-majlis Kerajaan Persekutuan," kata BERSIH.


Pertubuhan pemantau itu memberi contoh pada pada 12 Disember 2021, calon GPS bagi N26 Gedong iaitu Abang Johari yang juga merupakan Ketua Menteri Sementara Sarawak telah melancarkan Majlis Pelancaran Gedong Sebagai Daerah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.


Majlis yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini secara jelas telah menjadi platform berkempen untuk calon N26 Gedong dan merupakan salah guna sumber kerajaan untuk berkempen bagi kepentingan parti serta calon tertentu.


Selain itu, pada 30 November 2021, Ketua Menteri Sementara Abang Johari juga telah mengumumkan yang Kerajaan Negeri Sarawak akan melancarkan syarikat penerbangan milik kerajaan bagi tujuan pelancongan dan pertanian semasa merasmikan majlis pecah tanah Lapangan Terbang Bebuling yang dijangka siap pada 2023 dengan nilai anggaran RM108.1 juta.


"Dalam pada itu calon-calon yang merupakan penyandang kepada kerusi DUN juga masih ada yang menyampaikan geran kerajaan kepada ketua-ketua masyarakat. Sebagai contoh, penyandang kerusi DUN N31 Bukit Begunan dan masih bertanding sebagai calon, menyampaikan geran kerajaan yang berjumlah RM50,000.


"Malah geran yang disampaikan itu dibuat di Bilik Gerakan GPS Bukit Begunan dan disertakan sekali penyerahan GPS. Ini terang-terangan kesalahan rasuah dan beli undi oleh kerajaan negeri," kata pertubuhan itu.


BERSIH mengkritik laman-laman media sosial Kerajaan Negeri yang digunakan sebagai platform menyalurkan kempen-kempen pilihan raya oleh parti GPS.


Kata mereka, pihak BERSIH mendapati laman Facebook dan laman web kerajaan negeri seperti Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Ketua Menteri telah digunakan untuk berkempen bagi GPS.


Program-program dan pengumuman-pengumuman oleh Ketua Menteri Sementara dan bekas-bekas menteri masih lagi dinaikkan di kiriman-kiriman media sosial dan laman web UKAS.


"BERSIH mengingatkan bahawa pilihan raya perlu bersih dan adil agar semua calon dan parti politik dapat berkempen di atas padang yang sama rata. Penggunaan jentera dan sumber kerajaan untuk berkempen adalah sama sekali tidak wajar kerana ia menggunakan wang rakyat untuk berkempen bagi kepentingan sesetengah calon dan parti politik sahaja.


"Sepatutnya selepas pembubaran DUN, Setiausaha Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan melarang penggunaan sumber dan jentera kerajaan oleh mana-mana parti terutama parti penyandang kerajaan.


"BERSIH juga menggesa agar SPR untuk bertindak dengan lebih proaktif dan tegas bagi menangani isu salah guna jentera kerajaan serta memastikan kempen berjalan dengan lebih bersih dan adil," kata pertubuhan itu lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page