top of page

Bersediakan negara hadapi fenomena perubahan iklim?



Fenomena perubahan iklim akibat pemanasan global telah melanda di Malaysia berupa banjir bandang yang berlaku pada pertengahan Disember 2021 lalu.


Ahli Parlimen Fuziah Salleh (PH-Kuantan) bertanya, adakah kerajaan telah bersedia menghadapi fenomena berkenaan atau akan kelam kabut lagi sekiranya bencana berlaku pada masa hadapan.


"Saya amat terkesan apabila membaca anak tidak ada susu selama beberapa hari, bayi 7 bulan jatuh ke dalam air dan hilang.


"Ada keluarga yang duduk atas jambatan berlindung dari banjir dilanda balak sehingga membunuh, rumah tinggal tangga sahaja. Bagaimana trauma dirasakan oleh mereka?


"Saya ada jumpa orang tua yang merasakan (pengalaman) banjir besar 1971. Tetapi mereka kata 50 tahun selepas itu, banjir kali ini lebih besar, lebih teruk.


"Kemudian ada ramalan mengatakan tahun 2050 bandar pinggiran laut akan ternggelam akibat perubahan iklim. Adakah kita bersedia menghadapi fenomena ini?" tanyanya.


Mengenai pembalakan di Pahang, Fuziah tertanya tanya adakah Kerajaan Negeri sensitif dengan apa yang telah berlaku kerana sebelum ini banyak kawasan diluluskan untuk ladang hutan dan pembalakan. Namun apabila diminta laporan Penilaian Alam Sekitar, kerajaan merahsiakannya.


"Ini amaran dari Tuhan kepada manusia yang menguruskan bumi. Harus kita dengar dan ambil berat amaran ini. Adakah pembalakan puncanya?


"Kerajaan Pahang menafikan puncanya balak tetapi kenapa tahun lepas 19 projek diluluskan buat hutan ladang, pembalakan? Bila rakyat nak tengok EIA tidak diberikan. Kenapa hutan simpan kekal yang tidak harus diusik dinyahwarta kepada status peladangan atau pembalakan," katanya.


Beliau juga mengkritik mengenai persiapan banjir di Selangor yang tidak setanding di Pantai Timur. Fuziah bertanya mengapa Kerajaan Persekutuan tidak program amaran banjir di Selangor.


"Saya nak bertanya kepada menteri benarkah di Selangor program amaran awal banjir yang ada cuma amaran berkenaan monsun tetapi belum ada program amaran awal banjir seperti Pantai Timur.


"Memang ada siren dibunyikan di Sri Muda (Shah Alam) tetapi bila saya dengar Menteri kata tadi perlu ditambah baik. Mungkin orang tak faham, mungkin sama bunyi macam dengan siren ambulans atau apa sebenarnya.


"Sedangkan siren dibunyikan dari pagi sampai malam orang tak faham. Mungkin perlu dibuat latihan banjir," katanya.


Beliau juga mengusulkan agar dibentuk satu Jawatankuasa Pilihan Khas bagi alam sekitar dan perubahan iklim untuk para Ahli Parlimen mancari jalan bagi menangani banjir yang lebih berkesan pada masa hadapan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page