top of page

Bersederhana di Hari Raya Aidilfitri, patuhi SOP, hindari Covid - MB Selangor


Hari Raya Aidilfitri tahun ini yang mengulangi norma baharu sebagaimana tahun lalu harus dirayakan secara serba sederhana.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari dalam perutusan sempena Aidilfitri berkata, biarpun perasaan 1 Syawal kali ini seolah-olah 'deja vu', mengulang hal sama tahun lalu namun ia seharusnya dirayakan dengan penuh kesyukuran.


Amirudin menasihatkan rakyat negeri Selangor dan Malaysia amnya agar tidak melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menziarahi keluarga terdekat pada Hari Raya pertama.


Katanya, rakyat mesti menang melawan Covid 19 supaya ekonomi boleh dibuka dan kehidupan kembali seperti biasa.


"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diisytiharkan Mac tahun lalu, Kerajaan Negeri dipimpin Pakatan Harapan serta disokong penjawat awam bertungkus-lumus menggunakan teknologi seperti SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat), kaedah inovatif seperti saringan bersasar serta Sistem Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS) supaya wabak ini dapat ditangani.


"Dalam pada itu, saya menyedari betapa Covid-19 merupakan salah satu wadah terbaik untuk kita mengenal semula erti sebenar kehidupan; antara nilai diterapkan ibu bapa sejak usia muda lagi.


"Dengan fitrah kemanusiaan dan semangat #KitaSelangor, kita mesti menang dengan perang melawan Covid-19, sepertimana kita memenangi jihad melawan hawa nafsu sepanjang Ramadan ini. Selamat Hari Raya. Selamat kembali kepada Fitrah. Minal Aidil Wal Faizin. Maaf zahir dan batin," katanya.


"Dengan semangat kita jaga kita, kita membuktikan tahun lalu umat Islam mampu meraikan Aidilfitri dengan sederhana tanpa mengunjungi bazar, balik kampung atau berkumpul di rumah saudara-mara serta rakan.


"Pada waktu itu, kita berjaya menikmati detik perayaan dengan keluarga tersayang di rumah sendiri. Kita juga mengadaptasi diri kepada norma baharu dan menghubungi keluarga di kampung melalui panggilan video WhatsApp atau Zoom.


"Paling tidak, kita mempunyai kesempatan menyantuni jiran tetangga terdekat dengan berkongsi makanan atas kekangan PKP,” katanya dalam satu kenyataan.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page