Bersatu Tambun jangan gunakan umpan bantuan rakyat tambah keahlian



Bersatu Bahagian Tambun tidak seharusnya mengambil kesempatan menerusi program bantuan rakyat untuk menambah keanggotaan parti itu.


ADUN Hulu Kinta, Muhamad Arafat berkata, beliau menerima banyak laporan dari penduduk mendakwa penambahan keahlian Bersatu dilakukan melalui urusan pemohonan bantuan kepada Pejabat Ahli Parlimen Tambun, Ahmad Faizal Azumu.


Menurut beliau usaha tersebut dilihat giat dilakukan apabila Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan dan sebahagian ahli parti itu kembali kepada Umno.


"Saya telah menerima beberapa aduan dari penduduk khususnya di DUN Kinta mengenai beberapa manipulsi apabila mereka mendaftar sebagai ahli Bersatu tanpa rela.


"Sebelum itu kita sedia maklum sejak PRU lepas bahawa parti ini merupakan serpihan Umno. Apabila jatuhnya kerajaan di pusat dan Muhyiddin tidak lagi sebagai PM difahamkan banyak ahli Bersatu daripada Perak dan khususnya Parlimen Tambun telah keluar kembali kepada kepada Umno atau masuk PH.


"Sebahagian lain telah fed up jadi ahli. Inilah keadaan sebenar," katanya dalam sidang media, semalam.


Oleh itu, menurut Arafat, beliau yang menerima aduan penduduk telah membuat rakaman dakwaan mereka yang telah dimanipulasi menjadi ahli tanpa rela.


Sesetengahnya, dakwa Arafat, merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang datang untuk mendapatkan bantuan kebajikan tetapi diminta mengisi borang keahlian.


"Dalam surat aduan yang saya terima ada memaklumkan sekiranya menjadi ahli bersatu atau AJK kawasan mereka dapat bantuan special. Orang susah minta bantuan mereka letak syarat begini.


"Saya cabar mereka (Bersatu) bagi respons. Kalau kata tidak, saya akan dedahkan rakaman video tersebut. Saya tengok apa respons dulu.


"Saya pun wakil rakyat juga dalam kawasan Parlimen ini tetapi saya tidak pernah letakkan syarat-syarat. Atau orang datang minta bantuan, kesempatan itu untuk dijadikan ahli dan beritahu kononnya mudah mendapat bantuan," katanya.


Dalam sidang media sama, Arafat membariskan beberapa orang yang mendakwa telah diarah menjadi ahli tanpa kerelaan.


Antaranya 4 individu; Ganesan, Ahmad Zaini, Hafida dan Hanim


Bagi Hamin, seorang OKU dari Kampung Hulu Kuang, beliau merasa tidak wajar kerana tidak diberikan tempat dalam kursus-kursus menambah pendapatan anjuran kerajaan sedangkan beliau amat memerlukan pengetahuan.


"Saya seorang OKU, saya dari golongan asnaf. Saya minta bantuan dari pihak kerajaan termasuk Bersatu untuk saya teruskan kehidupan keluarga saya yang susah, tetapi dipinggirkan hak saya .


"Keluarga saya juga tergolong OKU. Bila saya mohon untuk sertai kursus (tertentu) dari Ahli Parlimen kepada individu yang berminat atas dana kerajaan, saya diberitahu saya tidak layak kepada bukan ahli Bersatu, Parlimen Tambun," katanya.


Beliau juga berkata telah kematian bapa dan sedang bersama adik beradik lain menanggung seorang ibu yang menghidap sakit jantung.


Seorang lagi, merupakan pesara tentera yang mahu dikenali sebagai Ganesa berkata beliau bergelar OKU setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.


Beliau tidak puas hati apabila mendakwa disuruh mengisi borang keahlian parti untuk memudahkannya mendapat bantuan.


"Saya Ganesan, OKU kehilangan satu kaki dalam kemalangan jalan raya, saya veteran tentera. Saya banyak kali minta bantuan ke Parlimen Tambun tak dapat. Bila saya minta baru baru ini ada seorang datang ke rumah, dia hulur bantuan dari Parlimen Tambun.


"Dia kata seelok elok jadi ahli. Saya tanya kenapa? Dia kata kalau jadi ahli pada masa akan datang nak minta bantuan senang nak diuruskan, ada nombor ahli.


"Masa itu saya nak bantuan jadi saya ikut kehendak dia. Saya isi borang. Tetapi dia beritahu waktu itu bukan untuk jadi ahli hanya untuk dapatkan bantuan sahaja. Bila kita sudah sain, kita tengok rupanya borang keahlian.


"Keadaan saya OKU, pada tahun ini juga saya buat rawatan jantung, tak ada tempat mengadu, hanya Parlimen Tambun dan ADUN Hulu Kinta. Itulah saya minta Parlimen Tambun ini tolonglah beri bantuan kepada OKU, jangan letak syarat jadi ahli dulu baru dapat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER