top of page

Bersatu pertahan negara daripada eksploitasi politik



Rakyat Malaysia diseru supaya terus menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkata rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak perlu bersatu mempertahankan negara daripada mereka yang mengeksploitasi politik perkauman demi mendapatkan kuasa sehingga sanggup mengorbankan perpaduan dan integrasi nasional bagi memenuhi ketamakan politik masing-masing.


Bukan itu sahaja katanya, sekiranya pihak tersebut kembali berkuasa, ia hanya akan merugikan negara susulan kedangkalan mereka mengurus ekonomi seperti yang ditonjolkan sebelum ini.


"Seperti yang telah dibuktikan melalui pentadbiran mereka yang gagal di negeri-negeri yang kekal miskin dan terkebelakang sehinggakan bekalan air bersih pun tidak boleh disediakan.


"Hanya kerajaan perpaduan dapat menjamin kemakmuran untuk rakyat melalui pengurusan ekonomi yang cekap dan cemerlang," ujar Ahli Parlimen Bagan itu dalam kenyataan perutusan Hari Malaysia.


Tambah Guan Eng, walaupun kerajaan perpaduan tidaklah sempurna namun tidak melakukan kesilapan yang tidak boleh dimaafkan, malah kekal komited kepada hak-hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Untuk rekod, Malaysia hari ini menyambut ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia yang ke-60.


Sambutan berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching Sarawak dengan slogan berbahasa Iban, “Segulai Sejalai” yang bermaksud ‘berjalan seiringan’,

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page