top of page

Bersatu perlu jelaskan sumber dana, bukan pertikai SPRM



Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) seharusnya memberi penjelasan bagaimana wang RM300 juta boleh berada dalam akaun mereka dengan tidak cuba memesong perhatian rakyat daripada isu tersebut.


Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung berkata Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan pemimpin parti perlu segera menjelaskan sumber dana parti itu dan berhenti mendakwa kerajaan menjadikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai alat politik.

"Sekarang Bersatu kena jelaskan bagaimana wang RM300 juta boleh berada dalam akaun mereka, dalam tempoh dua tahun ketika rakyat susah, rakyat sengsara, tapi dia dapat RM300 juta dalam akaun.


"Kena jelaskan kepada awam, kalau tak jelaskan sumber itu, mesti timbul keraguan," katanya dipetik.


Lee sebelumnya mengulas kenyataan Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin yang menuduh pembekuan akaun parti tersebut oleh SPRM bertujuan membunuh kredibiliti Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).


Menangkis dakwaan itu, Lee menegaskan, kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih mengekalkan pentadbiran SPRM yang diketuai Azam Baki sebagai ketua pesuruhjaya, sama sebagaimana Bersatu masih menjadi Kerajaan Persekutuan.


Hal itu, katanya menolak dakwaan badan itu digunakan untuk menghukum musuh politik.


"Kalau nak tuduh kerajaan campurtangan, adakah kita tukar ketua pesuruhjaya SPRM? Lainlah kalau kita tukar kepada orang politik, barulah tuduhan itu berasas tetapi kita tak lakukannya. Jangan cuba ‘discredit’ institusi SPRM tanpa asas," katanya.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menegaskan kerajaan tidak campurtangan terhadap tindakan SPRM kepada Bersatu

Jelasnya, badan penguatkuasaan dan kehakiman termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah kekal bebas.


Sebelum ini, Azam Baki berkata pembekuan akaun Bersatu bertujuan membantu siasatan ke atas wang yang diragukan.

Siasatan dilakukan berkaitan dakwaan penyelewengan berbilion ringgit yang pakej rangsangan Covid-19 ketika Bersatu mengetuai Kerajaan Persekutuan pada tempoh 2020 - 2021.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page