top of page

Bersatu lawan Zionis: Hari ini Iran diserang, seterusnya negara mana?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 20
  • 1 min read

DS Mohamad Sabu mengingatkan umat Islam untuk bersatu dalam menghadapi acaman Zionisme
DS Mohamad Sabu mengingatkan umat Islam untuk bersatu dalam menghadapi acaman Zionisme

Oleh: Akmal Manaf


Perpaduan ummah dan solidariti kemanusiaan perlu diutamakan khususnya dalam menghadapi krisis Palestin, tegas Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu.


Pada masa sama, beliau turut memuji peranan Malaysia yang konsisten menyokong perjuangan rakyat Palestin menerusi pendekatan diplomasi dan kebajikan.


Oleh itu, beliau menyeru agar negara Arab tidak lagi mempunyai hubungan dengan Israel dan mengubah pendirian kepada menentang negara Zionis itu.


''Kita harap negara-negara yang terdekat mesti mengubah pendirian dan mengetahui bahawa musuh mereka ialah Zionis.


"Hari ini giliran Iran (diserang), sebelum ini Libya, Syria, dan Iraq (diserang).


''Apakah negara Arab yang lain tidak akan menjadi sasaran seterusnya untuk dimusnahkan oleh Zionis?" tanyanya ketika berucap pada 'Himpunan Tolak Perang' bagi menyatakan bantahan terhadap Zionis Israel yang menyerang Iran.


Justeru, Mohamad menggesa semua negara negara Islam bersatu dan membantu membela nasib saudara sesama Muslim daripada terus ditindas kuasa besar Barat dan Yahudi.


''Sebab itu kesatuan ummah amat diperlukan, bukan sahaja dalam kalangan negara Islam tetapi juga melibatkan sokongan rakyat seluruh dunia.


''Kalau di Eropah itu dapat dilihat masyarakat bukan Muslim memainkan peranan yang hebat atas dasar kemanusiaan dan keadilan,'' katanya


Himpunan itu diadakan berhadapan Masjid Tabung Haji, di ibu negara selepas solat Jumaat dan berarak ke Kedutaaan Besar Amerika Syarikat kira kira satu kilometer dari masjid berkenaan.


Turut hadir antaranya Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Malaysia (MAPIM), Azmi Abdul Hamid; Pengerusi AMANAH Wilayah, Khalid Abd Samad; Timbalan Penasihat Umum AMANAH, Datuk Ustaz Abdul Ghani Samsudin dan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page