top of page

Bersatu, bermuafakat menyubang idea menuju PRU 15 - Shamsul



Kongres KEADILAN yang diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dijalankan memerlukan anggota parti segera bersatu padu sebaik sahaja meninggalkan dewan persidangan.


Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, perpaduaan sesama anggota parti amat penting bagi melancarkan strategi PRU yang akan dirancang dalam bulan bulan mendatang sebelum Parlimen ke 14 dibubarkan.


"Kita telah pun bertarung dalam pemilihan parti, satu pemilihan yang saban waktu kita adakan.


"Di sini saya ingin mengajak anggota dan pimpinan untuk sama sama menghayati ucapan dasar Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengungkapkan agenda dan masa depan parti.


"Ini adalah mesej yang penting kepada anggota selepas kongres ini. Mereka perlu bermuafakat dan bersatu di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden. Dan beliau buat pertama kalinya memimpin Pakatan Harapan berdepan PRU ke 15," katanya ketika ditemui di gerai Suara Keadilan, semalam.


Menurut mantan Ketua Penerangan KEADILAN itu, muafakat seluruh anggota KEADILAN amat penting dalam menggerakkan jentera pilihan raya terutamanya di peringkat cabang yang dilaporkan agak lemah dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri lalu.


"Marilah sama sama kita bersepakat, berpadu dan bermuafakat untuk memberi sumbangan dari segi idea atau gerak kerja bagi untuk pastikan parti ini terus relevan dan mendapat keyakinan rakyat (dalam PRU akan datang)," katanya selepas meninjau gerai gerai yang menjual pelbagai barangan.


Datuk Seri Anwar membelek akhbar lama SK yang menjadi saksi perjuangan politik beliau

Pada kongres kali ini, buat pertama kalinya Suara Keadilan membuka gerai dan menjual cenderamata media berkenaan seperti baju T, lencana serta beberapa barangan lain.


Suara Keadilan juga membuat pameran akhbar lama sepanjang dua dekad media itu beroperasi bermula pada tahun 2000.


Antara pimpinan utama yang berkunjung ke gerai Suara Keadilan adalah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page