top of page

Bersatu bergolak, sayap Bersekutu Johor umum bubar

  • 3 hours ago
  • 1 min read

Kemelut dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semakin meruncing apabila Sayap Bersekutu Bersatu Negeri Johor mengumumkan pembubaran rasmi berkuat kuasa serta-merta.


Pengerusi Bersekutu Bersatu Johor, Tan Lek Khang berkata, pembubaran itu susulan sebahagian besar Ahli Jawatankuasa (AJK) Negeri Bersekutu Johor termasuk beliau membuat keputusan meletakkan jawatan susulan perkembangan baharu dalam parti itu.


"Pembubaran ini dibuat bagi menyatakan rasa tidak puas hati dan kekecewaan kami terhadap keputusan penyingkiran Timbalan Presiden parti," katanya dalam satu kenyataan.


Pada Jumaat, Lembaga Disiplin parti itu memecat keahlian 17 pemimpin parti itu termasuk empat Ahli Parlimen dan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).


Parti itu juga memecat sembilan Ketua Bahagiannya serta Ketua Srikandi Muda Bersatu Sabah dan Ketua Penerangan Bersatu Hulu Langat.


Krisis melanda parti itu dilihat mencerminkan ketidakharmonian yang semakin ketara dalam kepimpinan Bersatu, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju parti berkenaan di peringkat negeri dan nasional.


Situasi dilihat semakin meruncing malam tadi apabila akaun Facebook rasmi parti itu turut menukar gambar latar dengan paparan yang mendesak Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berundur daripada kepimpinan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page