top of page

Bersama naik bas klasik kempen keliling pekan Layang Layang

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 4, 2022
  • 1 min read


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar hari ini sekali lagi turun berkempen membantu Calon KEADILAN DUN Layang Layang, Dr Maszlee Malik


Beliau juga beramah mesra bersama pengundi di Parlimen Simpang Renggam dan menaiki bas 'klasik' yang menjadi daya tarikan kempen Dr Maszlee.


"Turun bersama Calon KEADILAN DUN N27 Layang-Layang, Dr. Maszlee Malik. Sempat walkabout dan beramah mesra bersama warga Renggam, semuanya peramah belaka


"Sambil naik bas klasik Layang-Layang, sambil round Pekan Renggam. Banyak lukisan mural cantik yang dihasilkan di sini, anak muda Johor memang berbakat," katanya.


Nurul menyeru pengundi DUN Layang Layang agar menghantar Dr Maszlee, calon nombor 1 sebagai wakil rakyat ke DUN pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page