top of page

"Berpada-padalah...podcaster perlu kenakan kawalan kendiri" - Fahmi



Oleh: Helmi Mohd Foad


Kementerian Komunikasi menasihatkan semua penyedia isi kandungan media sosial termasuk program podcast agar mengenakan kawalan kendiri bagi mengelakkan siaran yang melampaui batas undang-undang dan adab.


Menterinya Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini kerajaan tidak berhasrat mengadakan undang-undang untuk mengawal selia kandungan melalui platform media sosial tersebut.


"Saya minta podcaster kenakan kawalan kendiri dan berpada-padalah, kita ada undang-undang dan adab. Dalam masa sama kita berhak bersuara dan ini termaktub dalam Perlembagaan tetapi ada batasannya," katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat pacsa Kabinet di Putrajaya hari ini.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pengendali satu program podcast menjemput Hot Daddy yang terlibat dalam skandal tidak bermoral dan telah mengundang kritikan ramai.


Individu itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan mempromosi hubungan seks bebas dengan ramai wanita. Lelaki itu telah dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 12 dan 26 Mac nanti.


Perkara itu mendapat kritikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor yang kecewa terhadap perbuatan mempromosikan serta menormalisasikan hubungan seks di luar pernikahan.


Fahmi berkata pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) ada menerima terima aduan daripada beberapa pihak mengenai isu berkenaan dan laporan telah dibuat.

Jelas beliau, dapatan awal menunjukkan video rancangan podcast itu tidak dapat dikesan sama ada bermaksud tidak muat naik atau telah diturunkan.


"Sebelum sidang media ini saya minta teliti dan memang tidak dijumpai dalam akaun media sosial dimaksudkan, walaupun kita maklum Menteri Agama ada keluarkan kenyataan dan kita minta rujuk (kenyataan itu) dan peringatan kepada semua podcaster," ujarnya.


Jelas Fahmi sekiranya terdapat kelanjuran dalam isu kandungan program tersebut, kerajaan akan teliti tentang keperluan untuk diambil tindakan.


"Pihak berkuasa boleh ambil tindakan tetapi dapatan awal video tersebut tidak dapat dikesan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page