top of page

Berkhemah Kepung Demi Palestin: Keputusan Menteri Wilayah dihargai - SSP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 29, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Menjengah hari ketiga ‘Kepung Demi Palestin’ diadakan, Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) merakam penghargaan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa.


Menerusi satu kenyataan, sekretariat itu menzahirkan penghargaan atas sokongan Ahli Parlimen Sekijang tersebut yang memudahkan perbincangan bersama pihak berkuasa sepanjang piket berkenaan berlangsung.


"Kami juga ingin menghargai Datuk Dr Muhammad Isa Kasim Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAPS Parking System kerana membenarkan kami menggunakan ruang untuk peserta kami mendirikan khemah dan mengatur aktiviti sepanjang piket kami.


"Di samping itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penguatkuasa dari IPD Dang Wangi dan IPD Wangsa Maju kerana menjaga keselamatan aktivis dan peserta sepanjang masa dan membantu kami bila memerlukan bantuan," katanya.


Jelas badan pengerak itu, piket sehingga 31 Disember tetap akan diteruskan selain memastikan semua aktiviti dilakukan dengan teratur.


"Selain itu, kami akan menganjurkan malam muzikal, persembahan buskers, malam kebudayaan serta berharap untuk melihat lebih ramai lagi daripada orang ramai menyertai kami dan bermalam di sini," katanya.


Kelmarin, dilaporkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi politik mengadakan bantahan dan berkhemah di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selama enam malam mulai Rabu lalu hingga Ahad ini.


Penganjuran piket di bawah SSP dilakukan bagi membantah tindakan Amerika Syarikat berulang kali menggunakan kuasa veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Perhimpunan Agung PBB untuk mensabotaj usaha gencatan sejata di Gaza.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page