'Berkat KEADILAN mencurah di Wangsa Maju'
- Suara Keadilan
- Jan 20, 2023
- 1 min read

Tahun Baharu Cina kali ini adalah yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan dan rakyat berketurunan Tionghua mengharapkan kedatangan tahun baru ini memberi sinar harapan lebih baik dari ekonomi dan kemakmuran.
Bagi Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan Andre Lai, Tahun Baharu Cina kali ini seharusnya disambut lebih meriah berbanding sebelumnya, biar pun perlu berjaga jaga terhadap ancaman Covid 19.
Hal itu dinyatakan beliau ketika mengedarkan kertas berkat ‘fu’ yang membawa maksud rahmat kepada tokong dan pasar awam seperti Pasar Prima Setapak dan Pasar Tertutup Seksyen 2 baru baru ini yang banyak peniaganya terdiri daripada kaum Cina.
Ande Lai juga melawat tokong dan singgah di beberapa perkampungan Cina. Ahli KRT Kampung Lee Kong Chian, Gan Lip Hong berkata, usaha Andre sebelum ini memohon lebih banyak tanglung untuk kemeriahan tahun baharu dihargai penduduk sekitar.
"Sebagai warga Cina tempatan, kami boleh melihat kegigihan beliau dalam mendapatkan lebih banyak tanglung daripada DBKL untuk memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Di samping Andre Lai berusaha mendapatkan lebih banyak tanglung untuk digantung DBKL beliau juga banyak mencetak kain rentang ucapan KEADILAN Wangsa Maju di lokasi strategik.
Sebagai wakil penduduk Cina di kawasan, beliau berharap tahun Arnab boleh membawa berkat yang baik untuk Malaysia.
"Saya memahami isu inflasi dan kemelut ekonomi yang menjadi kebimbangan semua, namun setiap banner ucapan saya, mempunyai ayat berkat berbeza kerana saya berharap penduduk Wangsa Maju sentiasa ingat untuk meraikan Tahun Baru Cina dengan penuh kegembiraan.
"Semoga Tahun Arnab, menjadi tahun kita melompat keluar daripada kemelut Covid 19," katanya lagi.
Tahun Baru Cina 2023 jatuh pada 22 Januari 2023. Tahun ini horoskop binatang adalah Arnab Emas.
Comments