top of page

Berjaya tingkatkan liputan telekomunikasi, janji selesai banjir kilat, basmi miskin tegar



ADUN perlu menunjukkan rekod yang baik sepanjang penggal 'kontrak jawatan' yang diberi oleh rakyat.


Mantan ADUN Semerah, Mohd Khuzzah Abu Bakar telah membuktikan pencapaian cemerlang beliau dalam memberi perkhidmatan selama 4 tahun di DUN berkenaan.


Menurut Khuzzan, beliau berjaya menyelesaikan masalah kurang liputan telekomunikasi di Semerah dan berjaya menyelesaikan masalah tekanan air rendah yang dialami penduduk sejak bertahun tahun sebelumnya.


"Sepanjang 44 bulan saya memegang jawatan kita telah dapat membangunkan DUN ini dengan lebih baik.


"Kawasan Semerah ini telah mendapat liputan Unifi sebanyak 85% pada November 2021 dan liputan telco (dari syarikat telekomunikasi) 75%. Kalau saya diberikan amanah sekali lagi kita akan memastikan dalam tahun tahun mendatang liputan Unifi 100% begitu juga telco.

Mengambil berat isu peniaga kecil

"Sebelum ini DUN Semerah mengalami tekanan air rendah. Alhamdulillah pada 2021 kita dapat menyelesaikan masalah tekanan air rendah. Di mana sebelum ini keseluruhan air ini kita terima dari dua punca, iaitu di Batu Puteh dan Semerah. Sekarang ini kita punya tangki air baru di kawasan Sri Sulung, di mana ia dapat memberi kemudahan kepada seluruh Taman Sri Sulung dan kawasan industri.


"Kita juga sedang berusaha menyelesaikan sedikit lagi tekanan rendah di kawasan Parit Puasa Darat. Kalau saya diberi mandat saya cuba selesaikan masalah di beberapa kawasan lain yang mengakami tekanan rendah," katanya dalam temuramah bersama Suara Keadilan baru baru ini.


Selain itu, Khuzan juga memberitahu beliau berjaya mengusahakan projek tebatan banjir dan menaiktaraf sistem perparitan di DUN Semerah yang mampu mengelakkan penduduk mengalami banjir kilat sebagaimana dialami tahun tahun terdahulu.


Katanya, antara perkara yang akan dilakukan untuk tahun mendatang jika terpilih semula ialah menyelesaikan masalah banjir kilat atau air pasang besar seperti Benteng Kiri dan lain lain kawasan di Batu Pahat.


"Saya memaklumkan di sini usaha telah dibuat pada tahun lepas dan kita dimaklumkan pada tahun ini projek tebatan banjir bagi bandar dan Benteng Kiri Kg Muhibah akan dimulakan tahun ini.

Membantu pihak yang memerlukan

"Ini adalah usaha kita biar pun kita bukan ADUN kerajaan. Kita ucapkan terima kasih kepada agensi kerajaan," katanya.


Tambah anak jati Semerah itu, projek akan datang ialah membina pintu air di kawasan Parit Dori yang akan dilaksanakan dalam dua tiga tahun ke hadapan.


Sekiranya projek berkenaan siap, jelas Khuzzan, banjir kita tidak berlaku di Jalan Masjid, Kg Satih, Jalan Kenangan, Sentosa dan Taman Bahagia. Beliau juga akan memastikan projek RM139 juta mendalamkan sungai Batu Pahat dapat diteruskan bagi mengatasi masalah banjir.


Dalam pada itu, Khuzzan juga membantu menggantikan rumah usang atau tidak sesuai yang dihuni rakyat tidak berkemampuan kepada rumah baharu.


" Sepanjang saya sebagai ADUN saya telah membantu masyarakat yang memerlukan rumah. Hampir 40 buah rumah kita kenal pasti yang akan dibina baru dan dibaik pulih di bawah PPRT. Kita mohon kepada Pejabat Daerah dan Baitulmal," katanya


Manakala sepanjang 2 tahun pandemik Covid 19 pusat khidmat DUN Semerah, katanya telah memberi banyak bakul makanan, terutama kepada yang dijangkiti Covid dan dikuarantin.


Khuzzan juga berjanji sekiranya diberi mandat sekali lagi akan membasmi kemiskinan tegar di Semerah.


Sewaktu pemerintahan 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan Johor, Khuzzan pernah menjawat Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan kemudian bertukar potforlio kepada Exco Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page