
Rekod cemerlang calon KEADILAN DUN Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni akan diteruskan sekiranya diberi mandat oleh pengundi sekali lagi.
Menurut Ysahrudin, beliau sejak menjadi ADUN Bukit Naning telah berjaya menyelesaikan masalah tekanan air rendah, membina tangkit air dan menutup pusat perlupusan sampah yang berpuluh tahun lamanya di Hukit Bakri sepanjang 4 tahun lalu.
"Dalam beberapa bulan kita telah dapat menyelesaikan masalah projek membina tangki air (sistem bekalan air), setelah beberapa puluh tahun wakil rakyat sebelum ini tidak berjaya membuat tangki air.
"Kita juga telah dapat menyelesaikan masalah pelupusan sampah di Bukit Bakri. Kita dapat tutup. Ini melegakan masyarat. Bukit Air Hitam pula kita telah bina pusat niaga untuk penduduk pasarkan barang pertanian," katanya.
Namun masalah lemahnya gelombang internet di DUN Bukit Naning, Ysahrudin meminta sekali lagi mandat dari rakyat untuk beliau memperjuangkan isu tersebut dengan kerjasama kerajaan pusat dan syarikat telekomunikasi.
"Ada masalah yang masih tertangguh, soal internet yang redah sukarkan penduduk dan pelajar. Mereka yang terlibat PdPR terpaksa mencari talian internet di kawasan pekan.
"Inilah beberapa perkara pokok yang saya perlu angkat untuk dijadikan isu penting (pada penggal kedua)," ujarnya.
Mengenai isu pertanian, katanya, beliau telah mencadangkan kepada jabatan yang berkaitan untuk menanam pokok buah buahan di hutan agar monyet tidak sering merosakkan tanaman penduduk seperti yang berlaku ketika ini.
Sementara bagi penggal baharu seandainya dipilih semula, Ysahrudin berjanji untuk membuka pusat khidmat bergerak untuk memudahkan lagi komunikasi antara rakyat dan ADUN
"Jika saya jadi ADUN lagi saya akan buka pusat khidmat bergerak di beberapa kawasan untuk memudahkan kita mendegar masalah rakyat," katanya.
Commentaires