top of page

Beri wanita peranan setimpal dalam bidang diceburi - PM

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
23 hours ago
1 min read
DS Anwar  pada majlis Temu Anwar Bersama Wira Muda Negara @ Plkn 3.0 di Cawangan Latihan Khidmat Negara, Rejimen 515 Askar di Kuala Lumpur
DS Anwar  pada majlis Temu Anwar Bersama Wira Muda Negara @ Plkn 3.0 di Cawangan Latihan Khidmat Negara, Rejimen 515 Askar di Kuala Lumpur

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu golongan wanita di negara ini diberi peranan setimpal dalam pelbagai bidang termasuk sektor keselamatan dan pertahanan negara.


Beliau menegaskan, pencapaian wanita dalam bidang pendidikan membuktikan kemampuan golongan itu untuk memegang jawatan lebih besar dalam pembangunan negara.


"Sekarang ini umpamanya kalau di universiti, pengajian tinggi, 50 peratus lebih itu wanita.


"Dan sekarang ini keputusan-keputusan peperiksaan dalam semua bidang itu wanita mengatasi lelaki. Jadi tidak adil kalau kita tidak memberi layanan yang setimpal kepada wanita," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu pada majlis Temu Anwar Bersama Wira Muda Negara @ Plkn 3.0 di Cawangan Latihan Khidmat Negara, Rejimen 515 Askar di Kuala Lumpur pada Sabtu.


Menjawab soalan peserta program, Anwar turut menegaskan peranan wanita dalam pembangunan negara tidak boleh dinafikan.


Justeru peluang lebih luas diberikan kepada wanita akan membuka mereka membina kerjaya dalam bidang diceburi.


Perdana Menteri sementara itu mengulangi seruan agar pendekatan ‘menggapai di langit, mengakar di bumi’ menjadi pegangan generasi muda dalam mengimbangi kemajuan teknologi dengan nilai kemanusiaan.

Namun, penguasaan ilmu termasuk kecerdasan buatan (AI) tegasnya perlu seiring dengan pembentukan nilai dan sahsiah diri tanpa mengabaikan nilai kemanusiaan, akhlak serta integriti.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page