top of page

Beri ruang SPRM siasat, bukan sebar berita fitnah



Laporan media mendakwa Timbalan Pengerusi KEADILAN Negeri Perak, saudara M A Tinagaran ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan jutaan ringgit wang tunai milik beliau dirampas adalah sangat tidak wajar.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Damansara, Dzulhilmi Zainol, siasatan ke atas mana-mana individu merupakan perkara biasa namun penyebaran berita palsu yang direkayasa adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi dilakukan oleh beberapa portal berita.


"Terdapat beberapa media rasmi tanah air mendakwa serta melakukan tuduhan tanpa sebarang usul periksa berkaitan siasatan kes tersebut.


"Sebuah laman berita rasmi iaitu Malaysia Now pula mengeluarkan satu kenyataan yang mendakwa bahawa sejumlah wang bernilai jutaan ringgit telah dirampas.


"Ini merupakan satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan jelas ianya bercanggah dengan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di bawah seksyen 211 dan 233, serta wajar kenyataan tersebut ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, Dzulhilmi meminta agar semua pihak bertenang dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara adil dan berwibawa.


"Saya menggesa supaya seluruh anggota Parti KEADILAN terutamanya di Perak dan rakyat Malaysia secara amnya untuk memberi ruang dan peluang kepada pihak SPRM dan pihak polis melakukan siasatan yang adil tanpa wujud sebarang campur tangan politik," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page