top of page

Beri ruang siasatan kes Zara, Syamsul berjalan telus - AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 27 minutes ago
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Semua pihak diminta memberi ruang kepada siasatan bebas, menyeluruh dan telus berhubung kes kematian pelajar Zara Qairina Mahathir serta pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UTM, Syamsul Haris Shamsudin.


Ketua Biro Guaman dan Aduan Awam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Khairul Naim Rafidi (gambar) berkata, pihaknya mengambil maklum keresahan disuarakan orang ramai namun menegaskan proses siasatan sedang berjalan dengan komitmen penuh pihak berkuasa.


"Jabatan Peguam Negara mengarahkan siasatan lanjut, termasuk proses menggali semula jenazah Zara Qairina untuk bedah siasat bagi mendapatkan maklumat dan bukti tambahan.


"Langkah ini menunjukkan kesungguhan pihak berkuasa memastikan semua fakta dikumpulkan sebelum sebarang keputusan dibuat.


"Keadilan kepada mangsa dan keluarga mesti menjadi keutamaan, dan ia hanya dapat dicapai melalui siasatan rapi dengan bukti lengkap," katanya menerusi kenyataan media.


Khairul Naim sementara itu menegaskan sokongan kepada proses siasatan yang bebas, menyeluruh dan telus.


Justeru orang ramai perlu memberi ruang untuk pihak berkuasa polis dan pendakwaan untuk menjalankan tugas tanpa tekanan atau prejudis mana-mana pihak.


"Keluarga kedua-dua mangsa telah melantik peguam masing-masing bagi menguruskan kepentingan mereka. AMK menghormati sepenuhnya peranan tersebut dan akan memastikan isu-isu kepentingan awam terus dipantau dan diangkat ke saluran sewajarnya," tambah beliau.


Menerusi kenyataan sama peguam itu turut menegaskan, langkah seterusnya adalah untuk perlindungan kepada individu yang tampil memberi maklumat adalah penting, termasuk merahsiakan identiti saksi bagi mengelakkan tekanan, ugutan atau gangguan.


Seiring itu, AMK mencadangkan garis panduan keselamatan dan kebajikan pelajar serta pelatih di semua institusi latihan dan pendidikan dikaji semula secara berkala dengan penglibatan pihak berkepentingan, agar insiden seumpama ini tidak berulang.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page