top of page

Beri RM1,500 kepada setiap keluarga B60 - Anwar

Updated: Jul 1, 2021


Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya sebanyak RM1,500 diberikan kepada setiap keluarga B60.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu berkata, cadangan tersebut dibuat kerana menyifatkan strategi kerajaan Perikatan Nasional untuk membenarkan rakyat terus mengeluarkan wang dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukanlah satu penyelesaian yang wajar.


"Kerajaan benarkan rakyat keluar wang dari KWSP tapi selepas setahun, masalah tak selesai pendapatan tetap hilang, ada simpanan pun RM10,000 sahaja.


"Kalau guna wang itu bayar sewa, bayar hutang dan bayar moratorium bank yang ada faedah, ini tidak membolehkannya selesa hidup dalam kadar minima.


"Perkara ini membimbangkan, ini bukan penyelesaian, hanya penyelesaian sementara oleh kerana masalah itu berterusan maka KWSP bukan penyelesaian, kalau kita mengharap pinjaman ambil wang dari KWSP untuk bayar hutang mereka.


"Jadi yang perlu ditangani ialah dana untuk rakyat biasa berbelanja, kalau beri wang kemudian bayar sewa bayar pinjaman bank, dia pun (akhirnya angkat) bendera putih juga," katanya.


Justeru, beliau mengusulkan supaya setiap keluarga B40 diberikan RM1,500 sebulan sebagai kadar paling minima.


"Walaupun beban kepada kerajaan tapi tanggungjawab kerajaan beri keperluan asas makan dan minum sepanjang kita dibelenggu dengan permasalahan sekatan PKP. Ini akan memaksa mudah-mudahan kerajaan baharu untuk buat pendekatan lebih tegas dan berani.


"Ada keupayaan kerajaan untuk meminjam wang dan mengagihkan langsung kepada rakyat tapi kalau guna bayar hutang bank dan lain-lain, dia tidak jadi penyelesaian sebab itu kita kena ada dasar memberi kelonggaran membayar sewa, hutang ansuran supaya RM1,500 tertumpu hanya untuk mengurangkan beban (harian).


"Kalau tidak jadi macam sekarang, tiap-tiap ADUN, Ahli Parlimen, NGO, jabatan-jabatan kerajaan hari-hari pergi rumah ke rumah bayar (bantuan), ini saat yang sukar," katanya.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata setiap isi keluarga B40 memerlukan bantuan sebanyak 80 % daripada kos kehidupan, ini termasuk majoriti di kalangan Bumiputera.


"Keluarga Cina juga ada yang mohon bantuan makanan beras dan gula menunjukkan parahnya situasi yang dihadapi. Melebar ke seluruh rakyat negara kita, jadi saya harap ini diberikan perhatian.


"Dia nak makan, hidup susah dan sekarang kita berhempas pulas pertahankan kerajaan yang sudah gagal sehingga rakyat terbeban. Sebab itu saya tegaskan dasar baru mestilah ke arah menyelamatkan daripada keperluan asas makan minum, susu, lampin anak, beras, gula dan ada yang dah lama tak makan ikan.


"Sekurang-kurangnya RM1,500 (bantuan dicadangkan) boleh meredakan tekanan yang dihadapi," katanya lagi.


Pada sidang media kali ini Anwar memperkenalkan istilah baharu sosio-ekonomi, iaitu B60.


Menurut beliau golongan yang asalnya dikategorikan sebagai M40 melorot ke bawah akibat hilang pendapatan sepanjang pandemik, dan menambahkan jumlah dalam kategori B40 kepada B60.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page