top of page

Beri peruntukan sama rata sama adil kepada semua ADUN


ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah meminta kerajaan negeri Johor mengikut pendirian kerajaan persekutuan berhubung pembahagian peruntukan kawasan secara adil kepada setiap wakil rakyat.


Beliau berkata, ini seperti kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid di Parlimen iaitu setiap wakil rakyat pembangkang dan kerajaan akan diberi nilai peruntukan yang sama.


“Dengan pengumuman ini bermakna satu lagi terma perjanjian yang dituntut Pakatan Harapan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Parlimen akan dilaksanakan tak lama lagi.


“Saya sambut baik pengumuman ini kerana ianya menghormati semangat serta prinsip demokrasi apabila tidak berlaku diskriminasi terhadap ahli parlimen pembangkang mahupun rakyat yang mengundi,” katanya dalam kenyataan.


Tambahnya, pendekatan ini tidak seharusnya terhad kepada penggal ini sahaja, malah kerajaan baharu selepas PRU-15 juga wajib meneruskan pelaksanaan dasar ini tanpa melihat latar belakang atau lambang parti seseorang wakil rakyat.


“Sebagai salah seorang ADUN di Johor, saya juga berharap kerajaan negeri dapat mengikuti jejak langkah kerajaan pusat.


“Hasni Mohammad, Menteri Besar Johor boleh membuktikan “Cara Johor” juga sama baik atau lebih baik daripada cara kerajaan pusat dengan menyalurkan peruntukan sama rata sama adil kepada semua ADUN di Johor.


“Buat masa ini, ADUN kerajaan negeri menerima peruntukan tahunan lebih banyak berbanding ADUN pembangkang.


“Begitu juga ADUN pembangkang cuma diberi akses terhadap peruntukan kecemasan, pengurusan pejabat dan aktiviti rakyat tetapi tidak peruntukan pembangunan sebanyak RM100,000 yang juga sama penting untuk kesejahteraan rakyat di kawasan.


“Jika di peringkat pusat boleh wujud MoU-terma peruntukan sama rata kerana kerajaan punyai majoriti tipis, majoriti yang dimiliki kerajaan negeri Johor jauh lebih tipis-lebih sengit maka lebih mencerminkan realiti politik semasa yang memerlukan kebijaksanaan kerajaan dan kerjasama rapi antara kedua-dua pihak demi kestabilan politik dan kebajikan rakyat,” katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page