top of page

Beri peluang kepada reformis awal bersama pimpin agenda Reformasi - GRM



Menjelang Pemilihan KEADILAN 2022 yang dijangka sengit, Gabungan Reformis Malaysia (GRM) mengesyorkan agar anggota parti memberi peluang kepada mana mana reformis awal 1998 yang bertanding untuk diangkat bersama sama memimpin parti.


Menurut Penyelaras GRM, Mustaffa Kamil Ayub, reformis awal harus dialu alukan untuk menyumbang bakti kerana kesetiaan mereka dalam perjuangan yang sudah terbukti.


"KEADILAN memiliki ramai reformis yang layak dari segi akademik, pengalaman dan integriti yang boleh diangkat sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.


"Masih ramai reformis seangkatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan angkatan berikutnya yang bersama beliau dalam memperjuangkan semangat islah serta aktif membantu parti .


"Ramai juga reformis keluaran institusi-institusi cetusan idea Datuk Seri Anwar. Mereka ini benar-benar faham cita-cita dan hasrat Anwar. Agenda reformasi yang dibawa oleh Anwar ini didokongi oleh reformis dan perlu sentiasa dihidupkan dalam perjuangan parti sebagai suatu idealisme.


"Gandingan orang baharu dan lama akan memberi kelebihan kepada parti," katanya.


Tambah Mustaffa, pada ketika parti mula dipimpin generasi pelapis yang muda belia, reformis mampu memberi keseimbangan dan merapatkan parti kepada rakyat marhaen kerana para pejuang rakyat itu berasal dari golongan bawahan.


"Golongan reformis majoritinya marhein yang terpanggil menyuarakan bantahan serta mempertahankan keadilan dengan membawa protes ke jalan raya serta mendesak reformasi dalam politik negara termasuk apabila Datuk seri Anwar dizalimi.


"Justeru, GRM berpandangan Pemilihan KEADILAN 2022 adalah antara medan terpenting untuk menyediakan pasukan yang mantap memperjuangkan Agenda Reformasi Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 15. Politik nilai, politik penyatuan dan pengupayaan rakyat mestilah disuburkan," katanya lagi.


Selain itu, GRM yang mewakili 10 NGO pro reformasi itu juga berpandangan sesiapa yang menang dan memimpin selepas musim pemilihan ini haruslah bersikap inklusif, menang atau kalah, kesemuanya mestilah dirangkul bersama bagi membina pasukan yang padu memenuhi aspirasi rakyat.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page