Calon KEADILAN Batu Lintang, Cherishe Ng Phuay Hui menyeru golongan belia dan wanita untuk menceburi bidang politik.
Katanya, ini berdasarkan lapan sahaja calon berusia 21 hingga 29 tahun, 37 calon berusia 30 hingga 39 tahun, 50 calon berusia 40 hingga 49 tahun berbanding 113 calon berusia 50 hingga 59 tahun dan 141 calon berusia 60 tahun ke atas.
“Contohnya, 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Sarawak hanya ada enam hingga tujuh sahaja wakil wanita dan tiada yang berusia 30 tahun ke bawah.
“Perkara sedemikian perlu diubah supaya lebih banyak anak muda dan wanita terlibat dalam politik,” katanya.
Beliau juga menyifatkan, bukan kerana golongan muda tidak berminat dengan politik tetapi kerana peluang tidak diberikan oleh kebanyakan parti-parti politik di negara ini
“Saya berasa perkara ini bukan soal terlalu muda dan tiada pengalaman tetapi soal peluang, anak muda juga perlu diangkat menjadi calon,” katanya.
Comments