top of page

Beri peluang JPP jalankan pemilihan, siasat aduan rasmi - Hassan Karim



Kelemahan perlaksanaan Pemilihan KEADILAN 2022 yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) ketika ini tidak wajar diperbesar besarkan.


Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kejayaan dalam apa bidang sekali pun tidak datang seketika tetapi melalui usaha gigih dan menghadapi beberapa kegagalan yang kadang kala perit.


"Oliver Wright dan Wilver Wright berkali-kali gagal mencuba, akhirnya mereka berjaya mencipta pesawat udara yang dipanggil kapal terbang.


"Begitu juga Thomas Edison beratus kali gagal mencipta lampu elektrik tetapi akhirnya dia berjaya dengan ciptaannya dan berhasil menerangi dunia. Begitulah setiap inovasi baru.


"Jadi beri ruang dan keyakinan kepada JPP," katanya.


Tegas beliau, tidak seharusnya imej JPP dihitamkan kerana beberapa kegagalan, kerana sukarelawan yang membantu parti berniat ikhlas untuk menjalankan pemilihan sebaik mungkin.


"Jangan rosakkan intergiti JPP ini yang bekerja dengan niat baik, bona fide untuk membantu melaksanakan pilihan raya dalaman parti dengan menggunakan teknologi IT yang canggih dan terkini.


"Asalkan namanya ciptaan manusia, pasti ada kelemahan dan kecacatan.


"Namun begitu, selagi JPP telus dan lurus serta bebas dan berwibawa, jangan kita cemarkan nama baiknya," ujarnya.


Bagaimanapun, menurut Hassan, sebarang aduan dari pihak yang tidak berpuas hati terutama calon timbalan presiden Rafizi Ramli pula hendaklah disiasat dengan telus dan tegas.


"Dalam nafas yang sama perlu diakui bahawa aduan rasmi dari saudara Rafizi adalah penting, serius dan perlu ditangani dan dijawab segera secara profesional supaya memuaskan hati semua pihak, demi perjalanan pilihan raya yang adil dalam KEADILAN.


"Pandangan pakar atau specialist IT dirasakan boleh membantu JPP menangani isu berkait hal-hal teknikal seperti yang dibangkitkan dalam aduan saudara Rafizi. Semoga isu ini dapat diselesaikan segera," kata Hassan lagi.


JPP mengalami beberapa masalah teknikal sebelum ini dalam pengendalian pemilihan pengundian fizikal di Kelantan menyebabkan 5 cabang perlu diadakan pemilihan baharu.


Namun prestasi JPP mula pulih ketika mengendalikan pemilihan di kawasan utara dan semalam di Pahang dan Wilayah Persekutuan yang tidak mengalami sebarang masalah serius.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page