top of page

Beri peluang anak muda terajui JKOM - AMANAH Perak



Berikutan peletakan jawatan Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) yang agak kontroversi Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, AMANAH Perak mencadangkan agar jawatan berkenaan diberikan kepada wakil anak muda.


Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH Perak, Azhar Rahman, ruang perlu dibuka kepada anak muda kerana golongan tersebut di negara ini banyak yang terpengaruh dengan propaganda kurang sihat dihasilkan oleh pembangkang atau pihak tidak bertanggungjawab.


Katanya, hanya anak muda yang mengetahui kemahuan rakan selingkungan umur mereka dan berkeupayaan mendidik golongan itu menjadi pengundi yang bertanggungjawab dalam memilih kerajaan.


"Ini (calon anak muda) boleh memberi satu nilai tambah kepada Kerajaan Perpaduan untuk mewajahkan kerajaan pada hari ini lebih segar dan mesra orang muda.


"Namun calon yang dikemukakan perlulah memenuhi kriteria yang diperlukan serta mampu menggalas tanggungjawab dengan sebaiknya.


"Jawatan ini perlukan seseorang yang berkeupayaan untuk menggerakkan jentera di peringkat komuniti supaya program dan gerak kerja di bawah memberi impak," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Exco Pemuda AMANAH Nasional itu lagi, kaedah komunikasi hari ini telah berubah pantas dan memerlukan seorang ketua JKOM yang kreatif serta energetik untuk mengisi jawatan terbabit.


"Memandangkan perubahan besar dalam budaya komunikasi yang berlaku, calon yang mampu menangkap kehendak masyarakat dilihat ada pada orang muda.


"Jawatan Pengarah JKOM ini tidak perlu kepada mereka yang popular atau dari kalangan pempengaruh (influencer) walaupun itu mungkin satu kelebihan, tetapi apa yang lebih penting adalah seorang yang ada iltizam dan mempunya daya usaha yang tinggi dalam meletakkan JKOM sebagai agen penerangan kerajaan dan berkesan di peringkat komuniti dengan idea-idea baru yang lebih segar," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page