Beri pelitup muka boleh basuh kepada murid sekolah - Dr Lee Boon Chye


Jurucakap Kesihatan KEADILAN, Dr Lee Boon Chye mencadangkan supaya kerajaan mengagihkan dua unit pelitup muka yang boleh dicuci kepada setiap murid sekolah, selepas pemakaian pelitup muka diwajibkan mulai 1 Ogos.


Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Kesihatan menganggap perkara itu perlu dilakukan segera bagi mengurangkan beban perbelanjaan untuk sesebuah keluarga serta mengelakkan daripada penularan COVID-19 di sekolah.


Malah, peruntukan tidak akan menjadi masalah kerana jika pelitup muka diagihkan kepada 5.4 juta orang murid termasuk di pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah hanya memakan perbelanjaan kurang daripada RM25 juta.


“Ini akan mengurangkan beban ibu bapa yang perlu sediakan topeng muka untuk anak-anak mereka menjelang pemakaian topeng muka secara mandatori pada 1 Ogos 2020,” katanya di sidang media di Parlimen.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mempersoalkan mengapa masih ada rakyat yang belum menerima pelitup muka secara percuma.


"Adakah pihak kerajaan meneliti, menilai atau membuat audit sama ada berapa banyak peratus sebenarnya pelitup ini sampai ke rumah.


“Dari segi aduan yang kita terima, kita tahu kaedah ini gagal. Jadi siapa yang patut bertanggungjawab ke atas kegagalan tersebut?" soalnya.


Akmal juga menganggap kerajaan seharusnya menangani isu pengagihan pelitup muka secara menyeluruh, bukan sekadar menurunkan harga.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER