top of page

Beri masa kepada pengguna biasakan diri guna e-wallet bayar parking


Ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Kuala Lumpur menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menangani masalah yang bakal dihadapi pengguna berhubung kaedah baharu pembayaran caj petak tempat letak kereta bahu jalan di Kuala Lumpur berkuatkuasa 1 Oktober 2020.


Katanya, tindakan DBKL yang menghantar notis singkat bertarikh 30 September itu pastinya memberi kesan kepada pengguna yang perlu berhijrah atau bermigrasi dari aplikasi lama ke yang baharu, termasuk isu baki akaun JomParking yang perlu dipindahkan atau dipulangkan.


"Untuk makluman semua, setakat 2016, terdapat sebanyak 46,100 petak parkir bahu jalan. Pada masa yang sama, setakat Disember 2019, kami difahamkan terdapat seramai 330,000 pengguna aplikasi JomParking.


"Kami difahamkan mesin pembayaran bagi tempat letak kereta bahu jalan diberhentikan serta-merta, dan aplikasi JomParking juga bukan salah satu e-wallet yang akan digunakan bermula 1 Oktober 2020.


"Pengguna yang tidak biasa menggunakan e-wallet juga akan terkesan dengan ketiadaan mesin pembayaran fizikal, dan kempen kesedaran bersesuaian juga perlu dilaksana segera.


"Kami juga menggesa agar isu baki akaun JomParking diselesaikan dengan segera, sama ada dengan pemindahan baki tersebut dari akaun JomParking ke mana-mana akaun e-wallet lain yang dipilih pengguna, atau dengan pemulangan baki penuh kepada pengguna," menurut kenyataan itu.


PH Kuala Lumpur juga mencadangkan supaya semua pengguna diberikan tempoh sebulan untuk menyesuaikakan diri dengan kaedah baharu pembayaran.


"Oleh itu, kami memohon agar Datuk Bandar Kuala Lumpur dan DBKL mempertimbang tempoh satu bulan, iaitu bulan Oktober 2020 ini, di mana tindakan saman tidak dikenakan terhadap pengguna tempat letak kereta bahu jalan.


"Sebagai wakil rakyat Kuala Lumpur, kami akan terus memantau isu ini dan bersedia membantu pihak DBKL dan pengusaha JomParking untuk mencari penyelesaian terbaik demi kebaikan warga Kuala Lumpur.


"Kami berharap isu ini akan dapat diselesaikan segera dengan cara yang terbaik," katanya.


Kenyataan itu turut dikeluarkan secara bersama oleh Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dan Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page