top of page

Beri mandat kepada PH teruskan kemajuan N Sembilan - Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
DS Anwar bersama beberapa calon PH termasuk Ust Azman (sebelah kanan Anwar) bertanding di DUN Sikamat
DS Anwar bersama beberapa calon PH termasuk Ust Azman (sebelah kanan Anwar) bertanding di DUN Sikamat

Oleh: ShaifulAnnuar Sulaiman


Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan komitmen kerajaan MADANI untuk terus membela kebajikan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dalam ceramah kempen akhir Jelajah Harapan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.


Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa PH kekal mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera serta memartabatkan syiar Islam, sebagaimana yang telah dibuktikan di bawah pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pada masa yang sama, kerajaan memastikan hak semua kaum terus dipelihara berlandaskan prinsip keadilan dan Perlembagaan.


PM turut menegaskan bahawa membela orang Melayu bukan sekadar dengan slogan, sebaliknya melalui dasar yang memberi manfaat kepada rakyat.


Beliau mengingatkan bahawa perpaduan nasional tidak boleh dibina dengan menghina atau mempertikai kesetiaan mana-mana kaum, termasuk masyarakat Cina dan India yang turut menyumbang kepada pembangunan negara.


"Keadilan mesti ditegakkan untuk semua. Setiap rakyat yang setia dan berbakti mempunyai tempat dalam negara ini," katanya.


Beliau turut merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan agar terus memberikan mandat kepada HARAPAN untuk meneruskan agenda pembangunan negeri.


Menurut Pengerusi PH itu, pentadbiran sedia ada telah membuktikan prestasi cemerlang dengan merekodkan pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri, mengamalkan tadbir urus yang bersih dan amanah, serta berjaya mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat.


Justeru Anwar yakin bahawa dengan mandat yang lebih kukuh, Kerajaan Negeri akan dapat meneruskan kecemerlangan pentadbiran dan membawa Negeri Sembilan ke tahap yang lebih maju, makmur dan sejahtera demi manfaat seluruh rakyat.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page