Beri kuasa kepada pembangkang kekang amalan lompat parti


Ahli Parlimen Subang, Wong Chen mencadangkan beberapa cara yang boleh mengekang amalan lompat parti.


Salah satunya adalah dengan memberikan peruntukan sama atau lebih baik kepada Ahli Parlimen pembangkang berbanding wakil rakyat kerajaan, serta memperuntukkan jawatan pengerusi Jawatankuasa Pilihan.


Beliau mengakui, penyelesaian terbaik ialah meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menghalang amalan lompat parti.


Namun, katanya hampir mustahil untuk mendapatkan majoriti dua per tiga yang diperlukan, namun ada penyelesaian boleh dilaksanakan lebih baik yang hanya memerlukan majoriti mudah.


“Kebanyakan mereka yang melompat parti mendakwa mereka melakukannya demi rakyat. Mereka mendakwa rakyat tiada wang, mereka pula tidak mendapat peruntukan diperlukan untuk dibelanjakan bagi rakyat, jadi mereka terpaksa menyertai kerajaan.


“Penyelesaiannya mudah, pastikan setiap Ahli Parlimen mendapat jumlah peruntukan untuk masyarakat dan sumber yang sama," katanya dalam rancangan temubual yang diadakan secara maya di akaun Facebook miliknya.


Beliau mengambil contoh bagaimana di Norway, wakil pembangkang mendapat peruntukan lebih tinggi, memandangkan wakil rakyat kerajaan berpeluang membuat permohonan khas kepada menteri mereka, tetapi bukannya Ahli Parlimen pembangkang.


Malah, beliau berpendapat Ahli Parlimen tidak sepatutnya dibenarkan memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


Sebaliknya, semua Ahli Parlimen perlu diletakkan di Jawatankuasa Pilihan yang akan membuka peluang untuk menerima elaun tambahan, sekiranya dilantik menjadi pengerusi atau timbalan pengerusi.


Beliau juga mahu pengisytiharan aset diaudit kepada semua Ahli Parlimen dan menganggap proses itu ketika zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tidak dibuat dengan betul kerana ada wakil rakyat yang mengisytiharkan jumlah aset rendah yang tidak masuk akal.


“Sebaik sahaja seseorang menjadi Ahli Parlimen, mereka patut mendapat audit kemasukan dengan mengisytiharkan aset, kemudian juruaudit profesional mengesahkannya dan ketua audit negara boleh menyiasat dari semasa ke semasa untuk memastikan ia tepat," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER