'Beri kuasa Mageran tadbir negara menjurus kepada kediktaktoran'


Kerajaan Majlis Gerakan Negara (Mageran) tidak boleh dipertimbangkan sebagai penyelesaian kepada kegagalan Perikatan Nasional menangani wabak Covid 19.


Menurut Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George, Mageran cadangan Tun Mahathir Mohamad merupakan langkah ke belakang yang bertentangan dengan prinsip asas demokrasi berparlimen.


Katanya, tidak wajar ketika pemimpin-pemimpin parti politik lain menggesa sidang Parlimen dibuka segera dan proklamasi darurat ditamatkan, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir pula mencalonkan diri sendiri untuk mengetuai penubuhan Mageran.


"Penubuhan Mageran merupakan langkah sumbang yang ke belakang kerana memberi kuasa penuh kepada badan itu tanpa libat urus Parlimen secara terus, dan menjurus kepada pentadbiran diktator.


"Tun Dr Mahathir perlu sedar, segala ketidaktentuan politik Malaysia hari ini berpunca daripada tindakan beliau yang melepaskan jawatan Perdana Menteri tanpa berbincang dengan rakan komponen Pakatan Harapan. Segala permasalahan yang timbul adalah disebabkan kebrobokan beliau yang dambakan kuasa penuh untuk mentadbir negara dan menjurus kepada berlakunya politik khianat.


"Mencadangkan penubuhan Mageran dan menawarkan diri sendiri untuk memimpinnya membuktikan beliau bernafsu untuk berkuasa kembali dengan mentadbir secara diktator.


"Seharusnya dalam keadaan yang tenat ini, usul penubuhan Mageran tidak timbul daripada pemimpin yang telah mentadbir negara sebanyak tiga kali. Ketika di penghujung usianya ini, Tun sepatutnya membuktikan beliau seorang negarawan dengan merayu kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan darurat agar Parlimen dibuka, selari dengan asas demokrasi berparlimen," kata Dr Gunaraj dalam satu kenyataan.


Ketua Cabang KEADILAN Kota Raja itu turut menekankan perlunya Parlimen bersidang bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik secara kolektif untuk menyelesaikan kegagalan pentadbiran Kerajaan PN.


Katanya, semua pemimpin politik perlu meletakkan kepentingan rakyat dan negara sebagai keutamaan, dan harus merayu kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menamatkan darurat serta membuka sidang Parlimen.


"Dalam hal ini Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 9 Jun lalu dengan mengemukakan beberapa cadangan bagi mengawal Covid-19 dan pemulihan ekonomi negara.


"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda wajar mempertimbangan untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar bersama pemimpin PH mengemudi negara untuk menyelesaikan kegagalan pentadbiran pada hari ini.


"Hal ini wajar kerana Datuk Seri Anwar dan PH telah dipilih oleh rakyat pada PRU 14 yang lalu, sekaligus mengembalikan mandat rakyat yang telah dikhianati oleh pempimpin durjana," kata beliau lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER