top of page

Beri komitmen, sokong calon Srikandi KEADILAN dalam PRU 15



Srikandi KEADILAN, sayap di bawah Wanita KEADILAN bersedia menyokong penuh calon calon daripada pergerakan itu yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15.


Ketua Srikandi KEADILAN, Anetha Pillai berkata pergerakan itu juga telah mengumpulkan sukarelawan untuk membantu melancarkan jentera KEADILAN pada hari mengundi dan juga sepanjang kempen pilihan raya.


"Kita akan menghadapi PRU, dengan ini Srikandi KEADILAN juga fokus mengumpul sukarelawan di lapangan.


"Kita juga dapat melihat peningkatan penyertaan anak muda dalam arena politik. Mereka sedar kepada politik.


"Kami akan sokong jika terdapat bakal calon (Srikandi KEADILAN) dalam pilihan raya akan datang yang diputuskan pimpinan," katanya pada hari terakhir retreat Srikandi KEADILAN di Grand Continental Hotel, Kuala Lumpur, semalam.



Menurut Anetha lagi, matlamat utama Srikandi kali ini adalah untuk menjenamakan semula pergerakan itu selepas agak malap sebelum ini ketika berhadapan krisis dalaman parti selepas 2020.


Beliau juga menjelaskan Srikandi telah pun merangka program menjangkau penduduk bandar, kampung dan orang asli yang akan dilaksanakan dari masa ke semasa ikut kesesuaian


"Selain itu, kita juga menumpukan keperluan dari segi ekonomi, pendidikan dan alam sekitar. Kita juga telah mengadakan latihan dua hari oleh Srikandi KEADILAN yang diadakan (wakil) dari seluruh negara. Kita membincangkan hal berasaskan politik nilai dan apa kepentingan wanita muda dalam kepimpinan politik


"Saya juga ingin tekankan pentingnya wanita muda menyedari isu dalam kalangan masayarakat dan Srikandi KEADILAN memberi tumpuan terutama di peringkat akar umbi," katanya.


Sementara itu, Anetha bersama timbalannya, Wan Zulaika Abdul Kahar turut membuat pengumuman barisan Srikandi KEADILAN bagi 2022-2025 yang akan menggerakkan sayap penting Wanita KEADILAN menempuh PRU-15 ini.


Juga diumum barisan tiga Naib Ketua yang telah dilantik bagi menyelaraskan program serta aktiviti Srikandi KEADILAN mengikut zon (Utara), (Pantai Timur) dan (Sabah Sarawak).

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page