top of page

Beri keyakinan kepada kepimpinan PM Anwar - R Ramanan



Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk R Ramanan menyeru semua pihak memberi kepercayaan kepada kebijaksanaan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau berkata begitu sebagai mengulas tohmahan pihak tertentu yang mendakwa kononnya kaum India kurang diwakili susulan rombakan Kabinet diumumkan perdana menteri baru-baru ini.


"Bagi saya, persoalan itu bukan untuk saya buat keputusan, saya bukan Perdana Menteri.


"Saya tidak ada komen peribadi mengenai isu itu," katanya selepas merasmikan majlis penutup Seminar Serambi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di MAHSA Avenue di Kuala Lumpur pada Ahad.


Program anjuran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) itu disertai seramai 750 pelajar yang bakal menduduki SPM awal tahun depan.

Sementara itu, Ramanan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Mitra memberitahu media bahawa tumpuannya ketika ini adalah untuk melaksanakan tugas-tugasnya di kementerian dan Mitra.


"Tumpuan utama saya adalah membangunkan masyarakat India dan berkhidmat untuk semua rakyat," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page