Sediakan kemudahan lebih selesa di pusat kuarantin Covid 19 - Dr Gunaraj


Pusat kuarantin pesakit Covid 19 harus dikaji dan ditambah baik daripada keadaan sedia ada yang tidak kondusif kepada pesakit.


Menurut Ahli Dewan Negeri Sentosa, Selangor, Dr Gunaraj George, kebanyakan Covid Assestment Centre (CAC) di seluruh negara situasi yang kucar kacir, terutama CAC di Lembah Kelang yang menerima banyak pesakit setiap hari.


Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seharusnya mengkaji semula keselesaan CAC yang jauh berbeza dengan kemegahan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega.


"Wabak Covid 19 bukanlah sesuatu yang baru tetapi sudah melangkaui setahun kita menghadapinya. Kegagalan Kerajaan Persekutuan merencana satu pengurusan bencana yang baik telah menyebabkan banyak pihak terkesan.


"Perihal CAC bukan perkara yang perlu dipandang enteng oleh Kerajaan kerana perkara ini melibatkan nyawa pesakit Covid 19, tenaga kerja barisan hadapan dan kemaslahatan penduduk setempat.


"Apakah Kerajaan Persekutuan bangga mengumumkan pembukaan PPV di hotel-hotel mewah serta tempat yang sangat kondusif walhal hanya melepaskan batuk ditangga sahaja dalam menempatkan CAC.


"CAC adalah satu pusat sehenti bagi rakyat yang telah disahkan positif Covid 19 mengklasifikasikan tahap pesakit untuk tindakan selanjutnya oleh KKM. Kerajaan sepatunya mengutamakan CAC sepertimana Kerajaan mengutamakan PPV kerana dua perihal ini berhubung kait dengan nyawa rakyat. Hakikatnya, keadaan PPV dan CAC boleh diibaratkan seperti langit dengan bumi," katanya.


Tambah Dr Gunaraj lagi, kerajaan juga sepatutnya menyediakan aplikasi khas bagi pesakit-pesakit Covid yang dirujuk ke CAC bagi mengelakkan mereka terpaksa berbaris panjang dan memberi layanan lebih baik untuk pesakit yang dirujuk ke pusat berkenaan.


"Kita melihat tenaga kerja barisan hadapan di CAC berpakaian lengkap PPE sepanjang hari. Mereka tidak mengeluh kerana sedar akan tanggunjawab hakiki, tetapi Kerajaan tidak harus menjadikan mereka seperti hampas dan tidak mempedulikan keadaan persekitaran CAC yang tidak kondusif.


"Juga sesuatu yang tidak masuk akal apabila Kerajaan melalui KKM tidak membuat satu sistem operasi yang sama seperti pemberian vaksin.


"Mengapa Kerajaan boleh membuat masa temu janji bagi lawatan ke pusat vaksinasi tetapi sistem yang sama tidak boleh digunakan bagi pesakit Covid 19 yang perlu hadir ke CAC.


"Perkara ini memerlukan perhatian agar mereka tidak perlu beratur berjam-jam lamanya di CAC," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER