top of page

Beri hak mengundi kepada dijangkiti Covid, mudahkan ceramah umum - BERSIH



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)mengalu-alukan Prosedur Operasi Piawai (SOP) yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin tetapi mengkritik beberapa keputusan yang dianggap perlu dinilai semula.


Menurut BERSIH, SOP yang ditetapkan SPR bagi pemilih yang positif Covid-19 tidak dibenarkan keluar membuang undi perlu diperbaiki.


"Perkara ini (menghalang mengundi) merupakan satu pelanggaran Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada pemilih untuk mengundi. SPR sebagai badan yang diberikan kuasa untuk menjalankan proses pilihan raya seharusnya mewujudkan mekanisme yang terbaik supaya pemilih dapat menjalankan hak mereka dan bukannya menghalang mereka menjalankan tanggungjawab," kata pertubuhan itu.


Oleh yang demikian BERSIH menggesa supaya SPR dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjelaskan sama ada SOP tersebut akan menghalang pengundi positif Covid-19 dan berstatus PUI atau PUS untuk mengundi. Sekiranya benar, BERSIH menggesa supaya SPR dan KKM membenarkan mereka membuat pilihan untuk mengundi dan menyediakan kemudahan yang bersesuaian.


Dalam pada itu, walaupun BERSIH berpuas hati dengan pelonggaran SOP untuk calon-calon dan parti-parti politik berkempen secara fizikal termasuk menganjurkan ceramah namun pertubuhan itu supaya dewan awam atau padang digunakan oleh semua pihak untuk memastikan lebih banyak pengundi yang boleh mendapat maklumat daripada kempen parti parti yang bertanding.


"BERSIH berpandangan penganjuran ceramah tidak seharusnya terhad di bilik gerakan atau pejabat parti sahaja. Bilik gerakan atau pejabat sempit dan tidak semua berada di kawasan yang mempunyai kawasan lapang. BERSIH menggesa SPR mempertimbangkan semula perkara ini dan membenarkan penganjuran ceramah fizikal dibuat di kawasan lapang seperti padang atau tempat parkir kenderaan yang luas dengan SOP yang ketat seperti pemakaian pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan dan penyediaan kerusi dengan penjarakan fizikal 1 meter.


"Walaupun kami memahami keperluan untuk permohonan permit ceramah daripada polis, namun kami berpandangan pemberian notis untuk ceramah sudah mencukupi untuk memaklumkan pihak polis. Kami mencadangkan agar pemberian notis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam sebelum ceramah dianjurkan," kata mereka.


Selain itu BERSIH juga mengkrtitik penetapan SOP untuk pengundi di kawasan PKPD yang perlu memohon kepada PDRM supaya boleh pergi ke pusat pengundian


Menurut BERSIH, cukup sekadar mereka menunjukkan keputusan RTK Antigen yang negatif dan dokumen seperti semakan daftar pemilih MySPR bagi membuktikan bahawa mereka pengundi dalam PRN Johor.


"Dengan ini, beban kepada pihak PDRM akan berkurangan dan mereka boleh menjalankan tugas untuk membantu SPR dalam penguatkuasaan penjalanan pilihan raya," kata kenyataan itu lagi.


Sehubungan itu, BERSIH mengajak semua pemilih di Johor untuk turun mengundi dalam PRN Johor. tegas mereka, mengundi adalah satu hak dan tanggungjawab semua rakyat untuk memilih wakil rakyat yang akan mengemudi negeri Johor untuk 5 tahun akan datang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page