top of page

Beri Anwar peluang bentuk kerajaan, PH peroleh undi popular terbanyak



Peluang perlu diberi kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.


Menurut ADUN Permatang Pasir, Faiz Fadzil, Ahli Parlimen Tambun itu mengikut sistem demokrasi Malaysia perlu diutamakan untuk membentuk kerajaan kerana telah mempunyai jumlah kerusi terbanyak di parlimen dan memperolehi undi popular tertinggi.


"Mengikut convention Westminster, parti yang memperoleh kerusi terbanyak dan terbesar perlu diberikan peluang terlebih dahulu untuk membentuk kerajaan. Ini kerana blok parti ini mendapat sokongan terbanyak melalui jumlah kerusi malah mempunyai jumlah undi popular paling tinggi.


"Di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 15, PH selaku blok politik terbesar mempunyai 82 kerusi. Dalam aspek undi popular pula, PH mendapat 5,823,931 juta undi atau 37.97% iaitu jumlah undi terbesar dalam blok politik parti yang bertanding. PN hanya mendapat 4,667,429 undi atau 30.24% dan BN mendapat 3,433,369 undi atau 22.42%.


"Berdasarkan kepada asas ini, Datuk Seri Anwar perlu diberikan peluang untuk membentuk kerajaan selaku pemimpin utama daripada blok parti politik yang memenangi jumlah kerusi paling banyak dalam Dewan Rakyat. Jumlah kerusi dan peratusan undi rakyat telah dimanifestasikan bahawa Anwar adalah pilihan rakyat Malaysia sebagai PM ke-10.


"Apatah lagi, PH telah mencadangkan nama Anwar sebagai PM sepanjang kempen PRU-15 ini," katanya dalam satu kenyataan.


Perlantikan Presiden KEADILAN itu, katanya, bertepatan dengan asas sistem demokrasi yang diamalkan bukan sahaja di Malaysia malah di kebanyakan negara lain di dunia bahawa parti yang memperolehi kerusi dan undi majoriti perlu dipilih sebagai PM.


Katanya, rakyat tidak perlu khuatir kerajaan tidak stabil kerana akta anti lompat parti telah pun diluluskan.


"Episod hitam langkah sheraton tidak boleh berulang lagi. Perlantikan Anwar Ibrahim juga adalah bertepatan dengan semangat Undang-undang Anti Lompat Parti di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan yang menghalang Ahli Parlimen bertindak sendirian dalam soal memilih PM, dan menyerahkannya kepada ketua parti. Oleh itu, Akuan Berkanun (SD) setiap Ahli Parlimen tidak lagi diperlukan.


"Ini bermaksud, pencalonan PM oleh ketua parti (secara blok) adalah memadai bagi menunjukkan kepercayaan majoriti Ahli Parlimen kepada Anwar Ibrahim.


"Inilah yang berlaku ketika mana Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai PM dan perlantikan MB Perak pada hari ini," katanya lagi.


Justeru, Faiz berharap kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong akan ditunjukkan dalam memutuskan pembentukan kerajaan yang baharu bagi meralisasikan Malaysia yang stabil, bersih dan adil.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page