top of page

Berhujah di mahkamah, Mahiaddin tak perlu main persepsi - Fahmi



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Yassin digesa menggunakan saluran mahkamah untuk berhujah mengenai pendakwaan dihadapinya.


Ketua Penerangan KEADILAN, Fahmi Fadzil menyatakan pendirian itu susulan persepsi yang cuba dimainkan oleh Ahli Parlimen Pagoh kononnya pendakwaan ke atas beliau bersifat politik.


Tegas Fahmi sebagai bekas Perdana Menteri, Mahiaddin sewajarnya mengikut proses yang betul tanpa membuat sebarang tuduhan di khalayak umum berkaitan kes dihadapinya.


"SPRM dan Peguam Negara sudah menyatakan tindakan terhadap Presiden Bersatu itu bersifat bebas, tiada arahan daripada sesiapa sebaliknya mereka cuma melihat kepada fakta dan membawa kes itu ke mahkamah.


"Muhyiddin perlu berhujah di mahkamah bukan di khalayak, kerana jika beliau menuduh sesiapa menyatakan mahu serang beliau, itu persepsi yang salah," katanya dipetik.


Menteri Komunikasi dan Digital itu berkata demikian dalam lawatan kerja rasmi ke Johor selepas meninjau mangsa banjir di sana.


Muhyiddin, 76 diheret ke Mahkamah pada Jumaat dan didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu.


Selain itu, beliau menghadapi dua pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM195 juta.


Mahiaddin kemudian berkata pendakwaan terhadap dirinya adalah satu bentuk pendakwaan terpilih.


"Muhyiddin perlu bersikap adil dalam soal pendakwaan itu memandangkan sebelum ini beliau tiada masalah dengan tindakan undang-undang terhadap parti politik lain.


"Contohnya dalam isu pembekuan akaun, bila kena pada UMNO, beliau (Muhyiddin) kata ikutlah (proses), jadi kali ini apabila kena pada Bersatu, lain pula jadinya," tambah Fahmi lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page