top of page

Berhijrah menjunjung reformasi



Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam Malaysia agar berhijrah ke arah yang lebih baik.


Dalam perutusan Sempena menyambut Maal Hijrah 1442, beliau berkata para pendukung awal agama Islam bermigrasi secara fizikal dalam erti kata yang luas. Termasuk penghijrahan pemikiran dan sikap daripada kejumudan ke arah reformasi.


"Justeru migrasi atau Hijrah tidak hanya bermaksud meninggalkan tempat lahir atau bergerak dari satu negara ke satu negara yang lain semata-mata tetapi ia menonjolkan mesej yang sangat luas yakni setiap orang Islam harus berani berubah dan menjunjung reformasi, tidak hanya kepada diri sendiri tetapi juga pada tatanan atau sistem kenegaraan.


"Para pendukung awal agama Islam bermigrasi secara fizikal dalam erti kata yang luas. Dunia hari ini menyaksikan ramai umat Islam berhijrah, sama ada dalam kerelaan mahupun dipaksa atau diusir. Ada yang berhijrah dalam keadaan aman, dan ada juga yang terpaksa berhijrah bagi mengelak tempias perang atau gejala penindasan.


"Ia bukanlah jalan yang hina kerana agama Islam adalah agama yang menganjurkan hijrah dan perubahan. Umat Islam mesti sentiasa bergerak dan berubah!


"Marilah kita membulatkan tekad di era baru ini dengan semangat dan kejituan baharu yakni untuk terus melawan kebejatan, menolak perkauman dan angkat sebuah sistem yang berpaksikan "al-adli wal ihsan"," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Anwar turut menyeru agar umat Islam merenung pengajaran dari peristiwa hijrah Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah selepas menerima layanan buruk dari pemerintah Quraisy yang menindas.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page